Ismail, Nazneen and Mat Zain, Aemy Elyani and Ibrahim, Haslina and Ismail, Safinah and Abu Hassan, Nur Aisyah and Dass Meral, Fatin Farzana (2025) Keperihalan toleransi beragama di Malaysia: idealisme dan praktis. Jurnal Hadhari: An International Journal, 17 (1). pp. 100-121. ISSN 1985-6830 E-ISSN 2550-2271
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (438kB) |
Abstract
Malaysia, sebuah negara majmuk dengan sejarah unik, menjadi model masyarakat antarabangsa atas keupayaannya melestarikan keharmonian beragama. Kajian ini membincangkan faktor toleransi beragama, isu dan cabaran yang dihadapi masyarakat, serta cadangan penambahbaikan untuk memastikan kestabilan sosial. Antara faktor utama toleransi beragama di Malaysia ialah kebijaksanaan pemimpin, pendidikan, tradisi sosial dan budaya, peranan pemimpin agama, serta nilai-nilai murni agama Namun, isu sensitif agama terus menjadi cabaran disebabkan kejahilan masyarakat, media sosial, sentimen emosi dan politik, sistem pendidikan dan kehidupan beragama para penganut agama. Kajian ini mencadangkan agar toleransi beragama diperkukuh melalui sikap saling menghormati, pemerkasaan pendidikan, penyebaran maklumat berkaitan agama dan isu sensitif antara agama, menghindari provokasi dan pemerkasaan undang-undang. Pendekatan seimbang antara pendidikan dan penguatkuasaan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pemimpin dan pemimpin agama. Usaha ini penting untuk memastikan hubungan antara agama di Malaysia berasaskan nilai ilmu, etika dan budaya setempat, demi mencapai aspirasi keharmonian dalam kepelbagaian.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Agama; cabaran toleransi beragama; keharmonian beragama; sensitiviti agama; toleransi beragama |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion |
Depositing User: | Dr Haslina Ibrahim |
Date Deposited: | 28 Jun 2025 12:40 |
Last Modified: | 28 Jun 2025 12:40 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121745 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |