Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Nyawa penumpang, amanah pemandu. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) - Suluh Wahyu (13hb Jun 2025). p. 22. ISSN 2716-6694
|
PDF
- Published Version
Download (2MB) | Preview |
Abstract
“Hati-hati! Demo bawa nyawa orang!” Berikutan kemalangan ngeri yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak pada 9 Jun lepas, banyak video dikongsi para pengguna media social menunjukkan sikap tidak cermat sesetengah pemandu bas. Antaranya; video dikongsi warga maya menunjukkan tindakan bahaya pemandu sebuah bas ekspres yang memotong kenderaan lain dari arah bertentangan sehingga menyebabkan pergerakan perjalanan terhenti seketika. Ketika berselisih dengan bas tersebut, pemandu lori yang empunya laluan menjerit memberi amaran keras kepada pemandu bas ekspres dengan dialog di atas. Benar! Tanggungjawab pemandu kenderaan awam amat besar. Mereka bukan hanya membawa jentera gergasi berkuasa tinggi, tetapi membawa himpunan nyawa manusia yang turut menjadi kesayangan orang lain. Kehilangan satu nyawa boleh melukakan serta menyedihkan banyak nyawa lain. Ini antara sebabnya jenayah bunuh ditentang keras oleh agama. Firman Allah: مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا Ertinya: Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya (al-Ma’idah 5:32).
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 3588/121497 |
Uncontrolled Keywords: | kemalangan bas, pelajar UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris, alan Raya Timur Barat |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare > HV675 Accidents. Prevention of accidents |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 13 Jun 2025 14:04 |
Last Modified: | 13 Jun 2025 14:04 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121497 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |