IIUM Repository

Pembangunan sahsiah mahasiswa melalui penganjuran program kepimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Megat Laksana, Nan Noorhidayu and Mansor, M Mascitah (2024) Pembangunan sahsiah mahasiswa melalui penganjuran program kepimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. In: Seminar Pengurusan Asrama Peringkat kebangsaan (SPARK 2024), Hotel H Elite, Kota Bharu, Kelantan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Mahasiswa ialah insan yang mendominasi warga kampus, memiliki dan berpeluang menyumbang pelbagai idea lantaran sentiasa digalakkan berfikiran kreatif, kritis dan analitis. Mahasiswa tentunya berhak memberi apa sahaja cadangan bernas secara berhemah yang mencerminkan kewibawaan personaliti mereka asalkan menerusi saluran yang berhemah. Antara personaliti akrab dengan mahasiswa ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), pengetua serta felo kolej kediaman yang menjadi antara insan yang sangat memahami jiwa mahasiswa. Mereka menjadi tempat rujukan mahasiswa mengadu pelbagai permasalahan yang mencakupi hal penasihatan program, pembangunan sahsiah, membentuk kemahiran insaniah serta kebajikan pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang keluarga. Mahasiswa ialah ejen pembangunan negara dan boleh membantu universiti, masyarakat dan kerajaan dengan pelbagai idea menarik. Untuk mencapai hasrat ini, mahasiswa perlulah dilatih dan dibimbing untuk menganjurkan program yang berimpak tinggi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan sahsiah mahasiswa yang boleh dibuktikan melalui penganjuran program di kampus dan kolej kediaman. Mahasiswa akan mempelajari sesuatu ilmu dan pengalaman yang baharu apabila mengendalikan program di peringkat universiti atau kolej kediaman. Kaedah metodologi yang akan dilaksanakan dalam kajian ini ialah kualitatif yang mana pengkaji akan menemu bual pemimpin mahasiswa kolej kediaman terhadap program yang telah dijalankan di peringkat kolej kediaman, universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Impak daripada program-program ini akan menunjukkan pembangunan sahsiah dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan pemimpin yang holistik.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Uncontrolled Keywords: Pembangunan sahsiah, mahasiswa, pemimpin, program
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H65 Schools. Institutes of social sciences
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Depositing User: Dr Nan Noorhidayu Megat laksana
Date Deposited: 29 May 2025 13:14
Last Modified: 29 May 2025 13:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121262

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year