IIUM Repository

Penginterpretasian emosi berdasarkan lakuan pertuturan dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion Live 2020

Saimon, Aminnudin and Che Salehuddin, Che Nur Aisyah (2025) Penginterpretasian emosi berdasarkan lakuan pertuturan dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion Live 2020. LSP International Journal, 12 (1). pp. 13-25. E-ISSN 2601–002X

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (324kB) | Request a copy

Abstract

PENGINTERPRETASIAN EMOSI BERDASARKAN LAKUAN PERTUTURAN 13 LSP International Journal, Vol. 12, Issue 1, 2025, 13–25 © Universiti Teknologi MalaysiaE-ISSN 2601–002XDOI: https://doi.org/10.11113/lspi.v12.23699Penginterpretasian Emosi Berdasarkan Lakuan Pertuturan dalam Rancangan Komedi Sepahtu Reunion Live 2020 Emotions Interpreting based on Speech Acts in the Comedy Show Sepahtu Reunion Live 2020Aminnudin Saimon* & Che Nur Aisyah Che SalehuddinKulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh, Muar, Johor, MalaysiaSubmitted: 30/10 /2024. Revised edition: 7/5/2025. Accepted: 14/5/2025. Published online: 28 /5/20255 ABSTRAKLakuan pertuturan memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan emosi. Pembawakan suatu emosi mempengaruhi individu dari segi bahasa dan tingkah laku. Hal ini berkait dengan konteks dan situasi dalam memahami hubungan antara bahasa dan emosi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis lakuan pertuturan dan perkaitannya dengan perkembangan emosi dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion Live pada tahun 2020. Penyelidik hanya membataskan tiga episod sahaja. Kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik ialah kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks sebagai pendekatan kajian. Lakuan pertuturan yang dikenal pasti telah diklasifikasi dan dianalisis menggunakan teori lakuan pertuturan Searle (1969). Teori ini mengetengahkan lima lakuan, iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Hasil kajian mendapati, empat jenis lakuan bahasa digunakan sepanjang tiga episod Sepahtu Reunion Live 2020, iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, ekspresif dan komisif. Lakuan bahasa asertif merupakan lakuan yang paling dominan dan paling kerap digunakan, iaitu sebanyak 443 kekerapan, diikuti oleh lakuan bahasa direktif sebanyak 316 kekerapan. Seterusnya, lakuan ketiga yang kerap digunakan ialah lakuan bahasa ekspresif, iaitu sebanyak 91 kekerapan. Walau bagaimanapun, lakuan bahasa deklaratif tidak digunakan dalam rancangan ini. Dapatan ini menunjukkan lakuan bahasa asertif paling kerap digunakan kerana penyampaian konteks cerita yang dipersembahkan adalah untuk menyampaikan isu-isu semasa yang boleh dijadikan teladan dan manfaat buat masyarakat.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Lakuan Pertuturan, interpretasi emosi, komedi, Sepahtu Reunion Live 2020, Searle (1969)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 28 May 2025 15:33
Last Modified: 28 May 2025 15:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121236

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year