IIUM Repository

Kahwin campur: isu, konflik, dan peranan mediasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia

Ibrahim, Haslina and Md. Rasip, Zaifuddin (2025) Kahwin campur: isu, konflik, dan peranan mediasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sains Insani, 10 (1). pp. 12-22. E-ISSN 0127-7871

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (361kB) | Request a copy

Abstract

Kahwin campur merupakan fenomena yang semakin berkembang dalam masyarakat majmuk di Malaysia, didorong oleh faktor globalisasi yang meningkatkan interaksi antara etnik, budaya, dan agama. Namun, perkahwinan yang melibatkan individu Muslim dan bukan Muslim masih menimbulkan pelbagai isu dan konflik, terutamanya dari sudut perundangan dan sosial. Syariat Islam menetapkan bahawa pasangan mestilah beragama Islam untuk perkahwinan yang sah, sementara agama lain juga mempunyai batasan tersendiri yang boleh mencetuskan konflik keluarga dan ketegangan antara komuniti. Kajian ini bertujuan menganalisis isu utama dalam kahwin campur, termasuk implikasi perundangan Islam, perspektif agama lain, serta kesannya terhadap kesejahteraan keluarga dan integrasi sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian literatur yang merangkumi sumber perundangan, kes-kes terdahulu, dan perspektif sosiologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kahwin campur berpotensi menyumbang kepada integrasi sosial, ia juga membawa cabaran besar seperti konflik identiti agama, hak penjagaan anak, pewarisan, dan penerimaan komuniti. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pelaksanaan mekanisme mediasi sebagai langkah proaktif dalam menguruskan konflik yang berpotensi timbul, sekali gus memperkukuh keharmonian masyarakat majmuk. Kajian ini memberikan sumbangan signifikan dalam bidang sosiologi dan undang-undang keluarga Islam dengan mengusulkan pendekatan praktikal bagi menangani cabaran kahwin campur di Malaysia, khususnya melalui peranan mediasi sebagai alat penyelesaian konflik. Kata Kunci: Kahwin campur, hubungan antara agama, mediasi Abstract Mixed marriages are a growing phenomenon in Malaysia’s plural society, driven by globalization, which fosters increased interaction between different ethnicities, cultures, and religions. However, marriages between Muslims and non-Muslims continue to present various legal and social challenges. Islamic law mandates that both partners must be Muslim for a marriage to be legally valid, while other religions also impose their own restrictions, which can lead to familial conflicts and intercommunal tensions. This study aims to analyze the key issues surrounding mixed marriages, particularly their legal implications under Islamic law, perspectives from other religious traditions, and their impact on family well-being and social integration. This research employs a qualitative approach through document analysis and literature review, encompassing legal sources, case studies, and sociological perspectives. The findings indicate that while mixed marriages have the potential to contribute to social integration, they also pose significant challenges, such as religious identity conflicts, child custody rights, inheritance disputes, and community acceptance. Therefore, this study proposes the implementation of mediation mechanisms as a proactive measure to manage potential conflicts and strengthen societal harmony. This research provides a significant contribution to the fields of sociology and Islamic family law by offering practical approaches to addressing the challenges of mixed marriages in Malaysia, particularly through mediation as a conflict resolution tool. Keywords: Intermarriage, Interreligious relationship, mediation

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kahwin campur, hubungan antara agama, mediasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H10 Societies
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Dr Haslina Ibrahim
Date Deposited: 09 Jun 2025 15:50
Last Modified: 10 Jun 2025 09:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120871

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year