Ab Aziz, Shamrahayu (2025) Ahli parlimen perlu patuh titah Agong berbahas ikut peraturan. Berita Harian, Muka Sepuluh (11hb Februari 2025). p. 10.
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (659kB) | Request a copy |
Abstract
Ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 pada 3 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim antara lain bertitah mengingatkan Ahli Parlimen bahawa Majlis Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat undang-undang digubal dan medan semak dan imbang pentadbiran. Baginda menitahkan perbahasan difokuskan kepada kepentingan rakyat dan negara serta mengelak maki hamun atau fitnah kerana Ahli Parlimen adalah 'benteng perpaduan negara dan bukan ejen perpecahan rakyat'. Segala apa dititah Yang di-Pertuan Agong bertujuan menjamin kemuliaan Dewan Rakyat bagi mencapai perbahasan berkualiti serta memenuhi hasrat rakyat bahawa orang yang mereka pilih melalui pilihan raya bukan sahaja berwibawa sebagai pemimpin, tetapi bijaksana mengendalikan urusan negara. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan. Ia menggubal undang-undang Persekutuan (akta) yang diterima pakai di seluruh negara. Parlimen juga adalah forum bertanggungjawab dalam memastikan segala urusan pentadbiran negara menepati undang-undang dan dilaksanakan dengan berkesan, terutama mencapai perpaduan lebih erat antara rakyat serta cara hidup demokratik.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 1552/119722 |
Uncontrolled Keywords: | Parlimen Malaysia. titah Agong, politik Malaysia |
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ1062 Public Administration in Malaysia J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ1758 Public Administration -Religious Aspects - Islam |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Islamic Law |
Depositing User: | DR. SHAMRAHAYU A. AZIZ |
Date Deposited: | 14 Feb 2025 13:47 |
Last Modified: | 14 Feb 2025 13:47 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119722 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |