Tajul Urus, Nur Sarah and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Burhanuddin, Iswandi Harahap and Salleh, Mohd Muslim and Md. Aziz, Mu'azah (2024) Peranan kerajaan dan takaful terhadap wanita pesakit sakit puan dan kesihatan mental. UniSHAMS SDN. BHD Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman, Malaysia, Kuala Ketil, Kedah. ISBN 978-629-7747-03-3
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (251MB) | Request a copy |
Abstract
Takaful keluarga ialah suatu skim takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang kepada pencarumnya. Produk takaful yang masih belum ditawarkan adalah dalam bidang sakit puan (ginekologi) yang menjurus kepada kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehingga selepas menopaus dalam semua aspek kesihatan. Hal ini terutamanya melibatkan sistem fungsi organ reproduktif untuk membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya dalam aspek kesihatan fizikal, mental, seksual dan sosial. Bidang ini juga merangkumi penjagaan perubatan semasa dan selepas bersalin. Bidang sakit puan (ginekologi) merupakan amalan diagnosis dan rawatan perubatan berkaitan sistem reproduktif wanita yang terdiri daripada faraj, rahim, ovari dan payudara. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan melibatkan analisis kandungan terhadap temu bual dan perbincangan kumpulan berfokus dengan peserta yang terdiri daripada wakil kementerian kerajaan dan industri takaful. Kriteria kajian ini adalah bersandarkan persoalan “mengapa produk bagi penyakit ini masih belum ditawarkan kepada pencarum?” Analisis kandungan temu bual melibatkan pengekodan tema dan kategori sebagai instrumen kajian bagi tujuan pengumpulan data. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti faktor penting yang mempengaruhi penggunaan produk baharu dalam kalangan wanita pesakit sakit puan dan kesihatan mental supaya produk sedemikian dapat ditawarkan oleh industri takaful. Kajian ini akan memberikan cadangan mengenai strategi untuk meningkatkan penggunaan produk takaful. Kepentingan dan manfaat penyelidikan ini adalah dengan memahami faktor yang mempengaruhi penerimaan, industri takaful boleh memperhalusi penawaran produk, strategi harga dan kempen pemasaran untuk menyasarkan segmen pelanggan dengan lebih baik dan meningkatkan kadar penggunaan. Selain itu, penemuan kajian ini akan menyumbang kepada literatur sedia ada berkaitan industri takaful di Malaysia dan memberikan cadangan praktikal untuk menambah baik penawaran produk takaful keluarga oleh syarikat takaful dalam konteks ini. Takaful ialah insurans berlandaskan prinsip syariah. Syarikat-syarikat takaful di Malaysia merupakan antara syarikat domestik terbaik dalam industri takaful dan insurans. Perkembangan industri takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an bertitik tolak daripada keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mempunyai alternatif bagi insurans konvensional. Hal ini adalah untuk memenuhi kehendak syariah bagi melengkapkan operasi Bank Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983. Industri takaful Malaysia telah mengalami evolusi sejak diperkenalkan 30 tahun lalu. Bermula dengan hanya satu pengendali takaful dengan produk asas yang terhad, industri ini kini berkembang menjadi sebuah industri berdaya maju dan diintegrasikan dalam arus perdana sistem kewangan. Pencapaian ini terhasil melalui usaha bersepadu Bank Negara Malaysia (BNM) dan pengendali-pengendali takaful di Malaysia. Data terkini pada tahun 2020 dan 2021 menunjukkan penurunan keuntungan sektor insurans dan takaful berikutan prestasi pelaburan yang lebih lemah (laman web BNM). Oleh itu, pihak kerajaan dan syarikat takaful perlu memikirkan semula hala tuju kewangan Islam sebagai alternatif bagi sistem kewangan yang dominan, yang melayani manusia dengan pendekatan tanggungjawab sosial. Penyelesaian inovatif perlu dibangunkan bagi beberapa isu kritikal yang dihadapi (Hassan, Muneeza, & Sarea, 2022).
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | BPH Islamic Economics H Social Sciences > HG Finance > HG8719 Islamic Insurance Takaful |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
Depositing User: | Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 15:04 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 15:04 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119508 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |