IIUM Repository

Lawak biar bertempat, beradab

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Lawak biar bertempat, beradab. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (24hb Januari 2025). p. 23. ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

“Lawak seumpama garam dalam masakan. Ada sedikit menyedapkan rasa. Tiada masin masih boleh ditelan. Terlebih masin membawa mudarat jangka masa panjang. Itulah analogi mudah berkenaan lawak yang dimainkan sesetengah orang.” Belum pun reda perihal kejijikan cubaan merosakkan nama logo Halal JAKIM dengan Ham yang kononnya halal di sebuah pasar mini dalam Universiti Malaya, timbul pula cubaan mengejek isu ini oleh seorang pelawak beragama Islam yang sudah berada pada usia senja. Komen sinis si pelawak melalui media sosialnya yang menaikkan gambar produk kopi yang ada tulisan HAM jelas sangat menyinggung sensitiviti umat Islam Malaysia. Dalam komen itu si pelawak menyindir nama kopi tersebut boleh menggugat iman, mengelirukan serta melemahkan logiknya sebagai seorang Muslim. Tambah parah apabila cetusan sindiran si pelawak mengundang komen biadab seorang pengguna media social yang memakai nama Cecilia Yap yang mengaitkan nama HAM dengan nama Nabi Muhammad SAW yang kita imani, sanjungi dan hormati. Si pelawak mungkin memberi alasan, dia tidak berniat mempersenda agama apatah lagi memalitkan nama Nabi kita dengan penghinaan, namun jika anda berani melanggar lampu isyarat merah secara semberono jangan pula disalahkan kereta yang mungkin merempuh anda sehingga cedera parah.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/119191
Uncontrolled Keywords: lawak bertempat, beradab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1188 Religious ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1518 Individual ethics. Character. Virtue
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 03 Feb 2025 15:43
Last Modified: 03 Feb 2025 15:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119191

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year