IIUM Repository

Naratif takaful bagi wanita penghidap sakit mental di Malaysia

Tajul Urus, Nur Sarah and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Burhanuddin, Iswandi Harahap and Md Aziz, Mu’azah and Salleh, Mohd Muslim (2024) Naratif takaful bagi wanita penghidap sakit mental di Malaysia. Majallah Kulliyyah Syariah Wa Al-Qanun, 1 (17). pp. 246-264. ISSN 2289-3857

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (302kB) | Request a copy

Abstract

Takaful merupakan suatu sistem perlindungan diri yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan para pencarum. Walaupun industri takaful telah bertapak di Malaysia semenjak 1982 akan tetapi industri perlindungan diri ini tidak menekankan permasalahan yang sering dihadapi oleh para wanita berkaitan dengan sakit mental. Sakit mental dialami oleh sebahagian wanita yang terdedah dengan tekanan emosi, perasaan dan bebanan kerja. Secara umumnya, permasalahan tersebut tidak dilindungi dalam skim takaful. Kajian ini membincangkan tentang peranan kerajaan dalam sistem perlindungan takaful terhadap pesakit sakit mental di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual bersama informan terpilih. Dapatan kajian mendapati bahawa kerajaan Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan perlindungan dan sokongan kesihatan untuk wanita yang mengalami masalah kesihatan mental. Melalui dasar-dasar yang berkesan, program kesihatan dan produk takaful yang disesuaikan, pihak yang berkenaan mampu menyediakan jaringan keselamatan yang kukuh untuk wanita dan memastikan kesejahteraan mereka terpelihara secara holistik. Langkah-langkah yang diambil ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan kewangan tetapi juga meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Kerjasama berterusan antara kerajaan, syarikat takaful, dan masyarakat adalah kunci untuk mencapai tahap kesihatan wanita yang lebih baik di Malaysia. Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh diterokai pada masa hadapan ialah analisis hubungan bebanan kerja dan kesejahteraan mental dikalangan pekerja kerajaan dan swasta serta cadangan peranan kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan syarikat takaful dalam memastikan kesihatan mental pencarum.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Takaful, Wanita, Sakit Mental.
Subjects: BPH Islamic Economics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Kulliyyah of Education
Depositing User: Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor
Date Deposited: 04 Feb 2025 12:40
Last Modified: 04 Feb 2025 12:41
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119123

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year