Rosly, Nurul Jamilah
(2024)
LEKSIKAL “AIR” DALAM SIMPULAN BAHASA:
ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF.
In: SEMINAT BAHASA BUDAYA DAN SASTERA 2024, 28 APRIL 2024, Pagoh Muar.
Abstract
Kajian ini akan menganalisis penggunaan leksikal kata nama air dalam simpulan bahasa. Hal
ini bertujuan untuk mengetahui akal budi di sebalik penggunaan leksikal kata air untuk
sesebuah simpulan bahasa untuk menyampaikan maksud tersirat di sebaliknya. Data simpulan
bahasa diperoleh melalui Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua yang dikarang oleh Abdullah
Hussain (2016) dan dipilih hanya simpulan bahasa yang mempunyai leksikal kata air untuk
dianalisis. Sebanyak 66 simpulan bahasa yang menepati namun pengkaji hanya memilih
sepuluh sahaja untuk dianalisis. Pengkaedahan kajian ini menggunakan kaedah menganalisis
data, tafsiran melalui semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang (RSS). Rangka Rujuk Silang
merupakan kaedah yang dipelopori oleh Kempson (1984) yang diperkenalkan di dalam teori
Relevan (1986). Hasil dapatan kajian menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan
kepada domain tingkah laku dan pancaindera. Kajian ini juga telah diperincikan lagi
menggunakan tatatingkat semantik inkuisitif, iaitu tahap semantik skrip, tahap semantik
resonans dan tahap semantik inkuisitif. Kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat pada
zaman dahulu peka akan keadaan sekeliling dan menggunakan apa yang ada untuk ditanam
sesebuah falsafah di sebaliknya. Secara kesimpulannya, penggunaan semantik inkuisitif dilihat
berjaya menelusuri akal budi di sebalik simpulan bahasa dengan tepat dan mudah untuk
difahami.
Actions (login required)
|
View Item |