IIUM Repository

Kecekapan membaca Jawi dalam kalangan remaja, dewasa dan lansia

Saimon, Aminnudin and Mazni, Mazriah (2024) Kecekapan membaca Jawi dalam kalangan remaja, dewasa dan lansia. International Young Scholar Journal of Language, 7. pp. 224-238. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (264kB) | Request a copy

Abstract

Sekitar tahun 1300 M, tulisan Jawi telah wujud di Kepulauan Melayu. Namun, seiring dengan arus kemodenan yang menguasai dunia, tulisan Jawi kian terpinggir penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, ketaksuban kepada tamadun Barat telah mengubah sistem tulisan asal bahasa Melayu kepada tulisan rumi “Latin”. Majoriti masyarakat khususnya Melayu, fobia terhadap tulisan Jawi itu sendiri sedangkan memang sewajarnya tulisan Jawi dipelajari dan ditekuni. Selaras dengan tajuk kajian, kajian ini memfokuskan satu objektif utama, iaitu mengenal pasti tahap kecekapan membaca Jawi dalam kalangan remaja, dewasa dan lansia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah temu bual secara bersemuka. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada orang awam akan mengambil bahagian dalam pelaksanaan kajian ini. Pengkaji menyediakan tiga skrip tulisan jawi yang mempunyai tahap kesukaran berbeza untuk mengukur kecekapan responden. Kajian mendapati bahawa majoriti tahap pembacaan orang awam berada pada tahap tidak cekap. Analisis kajian merungkai ketidakcekapan orang awam adalah disebabkan kesilapan mengenal pasti perkataan dengan sebutan yang tepat, terutamanya kosa kata rumit dan istilah pinjaman bahasa Inggeris. Hal ini secara langsung, menunjukkan bahawa kecekapan membaca Jawi dalam kalangan orang awam berada pada tahap yang membimbangkan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: kecekapan, membaca Jawi, dewasa, remaja, lansia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 14 Jan 2025 15:57
Last Modified: 14 Jan 2025 15:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117984

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year