Badlishah, Nazeha and Saimon, Aminnudin (2024) Penginterpretasian ujaran berimplikatur dalam drama bersiri ‘Extraordinary Attorney Woo’: kajian awal perspektif linguistik forensik. International Young Scholars Journal of Language, 7. pp. 195-205. E-ISSN 0128-2573
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (242kB) | Request a copy |
Abstract
Bidang perundangan dan kehakiman berperanan penting dalam menegakkan keadilan masyarakat dengan menggunakan bukti yang telah dikumpulkan. Walau bagaimanapun, semasa perbicaraan mahkamah atau proses penyiasatan berlangsung, ujaran boleh dimanipulasikan untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan atau maksud sebenar sesuatu ayat yang telah diucapkan. Ujaran wujud dalam dua bentuk iaitu ujaran langsung dan ujaran tidak langsung. Implikatur akan wujud daripada ujaran tidak langsung yang membawa maksud implisit. Hal ini menyebabkan wujudnya implikatur dalam ujaran. Penghasilan ujaran dapat memperlihatkan keberkesanan atau ketidakberkesanan komunikasi lisan yang berlaku. Pihak mahkamah seharusnya menilai dengan baik segala ujaran yang dituturkan oleh pihak yang terlibat sebelum membuat sebarang keputusan. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini memfokuskan penginterpretasian implikatur ujaran watak dalam drama Extraordinary Attorney Woo dan seterusnya menganalisis implikatur tersebut menggunakan Teori Relevans (1986). Teori Relevans mempunyai tiga prinsip utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses yang mampu membantu pihak perundangan dalam membuat keputusan yang tepat. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik pemerhatian terhadap ujaran watak dalam konteks drama Extraordinary Attorney Woo. Pengkaji akan melakukan transkripsi audio ujaran tersebut kepada bentuk teks untuk mengumpulkan data. Pengkaji menjalankan analisis kandungan teks dengan menggunakan Teori Relevans (1986). Dapatan kajian ini menunjukkan keputusan bagi setiap kes yang dikendalikan adalah relevan kerana terdapat banyak pengukuhan dalam kesan konteks yang menjadikan usaha memproses pihak berkuasa rendah. Secara keseluruhannya, drama Extraordinary Attorney Woo telah menunjukkan kecekapan peguam bela dan pihak hakim dalam membuat keputusan yang relevan dengan meneliti segala aspek implikatur sesuatu ujaran.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Implikatur, Teori Relevans, linguistik forensik, perundangan, kehakiman. |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) K Law > K Law (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 14 Jan 2025 15:36 |
Last Modified: | 14 Jan 2025 15:58 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117978 |
Actions (login required)
View Item |