Idrus, Azean Idruwani and Rustu, Muhammad Faris Akram
(2024)
PENGGUNAAN RETORIK DALAM LIRIK LAGU TEMAN PENGGANTI KARYA MALIQUE.
Jurnal Kesidang, 9 (1).
pp. 64-74.
E-ISSN 2600-7851
Abstract
Retorik merupakan bahagian daripada ilmu linguistik yang membawa maksud seni yang digunakan atau seni memakai bahasa yang indah untuk tujuan mempengaruhi minda atau pemikiran khalayak dengan menekankan beberapa aspek seperti kesopanan dan keterampilan dalam berbahasa sama ada lisan mahupun tulisan. Bidang muzik telah dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan retorik yang mampu menghubungkan antara penulis lagu dengan pendengar. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu mengenal pasti teknik retorik yang digunakan oleh Malique serta faktor penggunaannya. Kajian deskriptif ini dijalankan dengan berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan Brown (1993). Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengevaluasi isi teks baik dari segi tekstual maupun kontekstual. Pemahaman tentang teknik retorik yang kurang dalam kalangan pendengar lagu menjadikan terbatasnya mesej yang dapat diambil yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pendengar. Kajian mendapati bahawa terdapat tiga jenis retorik yang digunakan dalam penulisan lagu ini iaitu naratif, pemerian dan pemujukan. Faktor penggunaan retorik dalam lirik lagu Teman Pengganti adalah untuk memberi dimensi cerita yang mendalam dan memungkinkan pendengar untuk berhubung secara emosional dengan cerita yang disampaikan, mencipta gambaran hidup tentang cerita yang ditulis dan membangkitkan perasaan serta upaya untuk mempengaruhi pendengar agar merespon dengan cara tertentu. Konklusinya, retorik merupakan elemen penting yang membantu penulis lagu menggunakan bahasa yang berkesan untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik kepada pendengar serta dapat membantu pendengar untuk memahami lagu dengan lebih mendalam.
Actions (login required)
|
View Item |