IIUM Repository

Cabaran terhadap guru-guru muslim di era globalisasi

Salleh, Mohamad Johdi and Yusof, Muhd Azlan and Abd Kadir, Mohd Ezuan (2010) Cabaran terhadap guru-guru muslim di era globalisasi. In: Regional Conference on Islamic Education, 24 - 25 Julai 2010, Shah Alam, Selangor.

[img] PDF (Cabaran terhadap guru-guru Muslim di era globalisasi) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (99kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini membincangkan permasalahan guru-guru dalam aspirasi pendidikan berkesan dan menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya, berketerampilan dan berakhlak mulia. Kajian ini menganalisis kefahaman responden terhadap pengertian globalisasi dan keberkesanan usaha-usaha mereka menghadapi cabaran-cabaran era globalisasi. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menjalankan temu bual dengan responden dan meneliti pelbagai bahan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang lebih jelas. Kajian juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal-selidik untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan responden terhadap isu dan cabaran guru masa kini. Responden terdiri daripada guru-guru Muslim terlatih yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menyatakan guru memang tercabar di dalam situasi globalisasi, pelajar turut terkesan bahkan sebahagian lebih advance, masyarakat turut memberi tekanan kepada guru-guru, cabaran guru pada hari ini adalah lebih berat berbanding dahulu, dan menghubungkan globalisasi dengan punca masalah disiplin pelajar pada hari ini terutama internet yang menyebabkan ramai pelajar terdedah dengan bahan yang tidak sihat. Kajian ini diharap dapat memberi maklumat dan gambaran kepada pelbagai pihak dalam pendidikan bagi mengatasi permasalahan yang wujud demi memperkasakan pendidikan negara dalam menyediakan wacana dan wahana harmoni serta kondusif kepada iktisas keguruan demi kelestarian penjanaan insan budiman, beriman dan profesional dalam mengharungi cabaran globalisasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 5357/11678
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC65 Social aspects of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 03 Feb 2012 11:30
Last Modified: 16 Feb 2012 12:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/11678

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year