IIUM Repository (IREP)

Memperkasakan pendidikan luar bandar

Adam, Zalika and Kassim, Faridah and Salleh, Mohamad Johdi (2009) Memperkasakan pendidikan luar bandar. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar, 3 - 5 February 2009, Hotel Beverly Kota Kinabalu Sabah.

[img]
Preview
PDF
Download (86kB) | Preview

Abstract

Kajian memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor, iaitu tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga, sikap pelajar, kekurangan bahan bantu mengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang pendapatan penduduk yang ketara. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan pembacaan. Dalam hal ini, pihak kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 5357/11670
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 02 Feb 2012 14:40
Last Modified: 02 Feb 2012 14:40
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/11670

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year