IIUM Repository

Kempen pembuli ke neraka

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2024) Kempen pembuli ke neraka. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (15hb November 2024). p. 26.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (857kB) | Request a copy

Abstract

“Pegang si pembuli dan tekap balik badannya dengan seterika panas, atau ikat si pembuli dan terajang balas rusuknya sehingga patah! Ia baru sepadan dengan jenayahnya. Jalankan hukuman ini secara terbuka agar si pembuli lain berasa gentar untuk terus membuli.” Terbaharu, negara digemparkan dengan 2 kes buli di sebuah Universiti berlatar ketenteraan. Satu kes pelajar ditekap dengan seterika, manakala yang satu lagi patah rusuk diterajang pelajar tua. Sebelum ini, Universiti sama mengejutkan negara dengan kes kematian seorang pelajar akibat didera beramai-ramai atas tuduhan mencuri komputer riba. Dalam syariat Nabi Musa AS dahulu, sebarang deraan badan dibalas secara setimpal! Bahkan sebahagian ulama’ Islam mengatakan kaedah yang sama turut terpakai kepada umat Islam (Tafsir al-Munir). Lihat firman Allah ini: وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ Ertinya: Dan kami tetapkan atas mereka dalam kitab Taurat itu, bahawa nyawa dibalas dengan nyawa, mata dibalas dengan mata, hidung dibalas dengan hidung, telinga dibalas dengan telinga, gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang zalim (al-Ma’idah 5:45).

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/115947
Uncontrolled Keywords: pembuli, buli, neraka, buli pelajar, buli penuntut. UPNM
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF795 Temperament. Character
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1518 Individual ethics. Character. Virtue
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 19 Nov 2024 12:57
Last Modified: 19 Nov 2024 12:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115947

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year

Loading...