IIUM Repository

Pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan 2024-2028 = 2024-2028 Malaysia action plan on preventing and countering violent extremism (MyPCVE)

Said, Jamaliah and Abdullah, Mohd Kamarulnizam and Hamat, Mohd Fauzi and Hanafiah, Mohd Hizam and Mohd Yusof, Danial and Muhammad Uthman El-Muhammady, Ahmad El-Muhammady and Jalil, Abdullaah and Wahab, Muhammad Rashidi and Mohamed, Norhayati and Syed Yusuf, Sharifah Norzehan and Zakaria, Nor Balkish and Kasim, Eley Suzana and Ahmad Nadzri, Farah Aida and Mohamad, Maslinawati and Zolkaflil, Salwa and Daud, Dalila and Shafiee, Nur Aima and Mohamed, Norazida and Said, Roshima and Omar, Normah and Atan, Ruhaya and Mistar, Noor Azhar and Zahari, Afzal Izzaz and Raja Mohd Naguib, Raja Muhammad Khairul Akhtar and Johari, Zulaikha Amirah and Razali, Nuur Rajihah (2024) Pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan 2024-2028 = 2024-2028 Malaysia action plan on preventing and countering violent extremism (MyPCVE). Policy Paper. Ministry of Home Affairs (MOHA), Putrajaya, Malaysia.

[img] PDF (Policy Paper) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (18MB) | Request a copy

Abstract

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Kesinambungan Malaysia dalam kesepaduan rakyat, wilayah, kerajaan, kedaulatan dan pengiktirafan antarabangsa dinaungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan menjadi asas kepada kerjasama, keadilan dan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara dan dilindungi. Fahaman pelampau yang menjurus kepada keganasan merupakan satu ancaman keselamatan dan ketenteraman dalam negara dan global yang perlu dihadapi secara menyeluruh. Fahaman pelampau keganasan merangkumi fahaman pelampau politik, sosial, agama dan elemen luar. Kejadian keganasan yang berlaku di serata dunia dan di rantau Asia Tenggara perlu diambil pedoman agar ia tidak berlaku atau bertapak di Malaysia. Sebuah pelan tindakan perlu dibangunkan agar kerajaan dan rakyat memahami secara menyeluruh pendekatan yang diambil dalam menghadapi ancaman ini. Pelan ini perlu berasaskan beberapa nilai yang konsisten dengan kerangka MADANI yang diperkenalkan kerajaan sekarang. Nilai dan budaya rakyat yang beradab, seimbang antara ilmu dan akal, hormat-menghormati, yakin dan peka dengan perubahan dunia luar, harus menjadi benteng pertama dalam menghadapi ancaman fahaman pelampau yang menjurus kepada keganasan. Sehubungan itu, kerangka MADANI yang diperkenalkan kerajaan merupakan suatu ikhtiar untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai kecerdikan budaya yang tinggi, bersifat ihsan dan peduli, hormat-menghormati, mampu menghadapi cabaran semasa dan bersedia untuk masa hadapan. Kesemua enam komponen dalam kerangka MADANI: keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan, Ihsan, berfungsi secara bersepadu dan holistik. Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan atau Malaysia Action Plan on Preventing and Countering Violent Extremism (MyPCVE) mengambil kira struktur sosial negara yang berbilang kaum, budaya dan agama. Kerangka MADANI menjadi tonggak utama memacu kejayaan pelaksanaan inisiatif MyPCVE. MyPCVE akan menjadi pelan tindakan yang komprehensif dan terangkum melibatkan pelbagai pemegang taruh di Malaysia. MyPCVE merangkumi empat (4) teras utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan. Setiap teras mempunyai beberapa fokus strategik, yang akan dilaksanakan melalui inisiatif terpilih dan diukur pencapaiannya melalui petunjuk prestasi utama. Inisiatif yang dibangunkan akan dilaksanakan secara bersinergi oleh pelbagai agensi yang telah dikenal pasti bagi mencegah dan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan di Malaysia.

Item Type: Monograph (Policy Paper)
Additional Information: 3052/115702
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H91 General special
J Political Science > JA Political science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr. Ahmad El-Muhammady
Date Deposited: 14 Nov 2024 16:26
Last Modified: 21 Feb 2025 12:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115702

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year