IIUM Repository

Firasat tentang tarikh mati kerajaan haram Zionis

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2024) Firasat tentang tarikh mati kerajaan haram Zionis. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (1hb November 2024). p. 23.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (996kB) | Request a copy

Abstract

Keguguran Yahya Sinwar seorang pemimpin Hamas yang gigih berjuang melawan tentera penjajah Zionis pada 16 Oktober 2024 menyedihkan umat Islam. Walaupun sedih, itulah harapan beliau sebelum ini dalam banyak ucapannya. Beliau memang mengejar syahid mempertahankan tanah air serta agama. Kesanggupannya menunggu untuk masuk senarai mati syahid sudah lama direkodkan oleh al-Quran: مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا Ertinya: Di antara orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun (al-Ahzab 33:23). Para sahabat Nabi berpandangan ayat ini diturunkan menceritakan perihal Anas bin al-Nadhar RA. Dia sangat kecewa kerana terlepas untuk berjuang bersama Nabi dalam perang Badar. Lalu beliau bersumpah akan berjuang habis-habisan jika berlaku perang lain bersama Rasulullah SAW. Dalam perang Uhud, beliau berjuang bermati-matian sehingga gugur syahid (Sahih al-Bukhari, 2805). Walaupun ayat ini dikaitkan dengan Anas al-Nadhar RA, ia menjadi senarai kosong nan harum yang akan diisi para pejuang Islam sepanjang zaman sampai kiamat.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/115455
Uncontrolled Keywords: firasat tarikh mati, Zionis, Yahya Siwar, Hamas
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.7 Islam and politics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP190.5 Islamization of Knowledge
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 01 Nov 2024 11:14
Last Modified: 01 Nov 2024 11:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115455

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year