IIUM Repository

Media sosial berperanan membangun peribadi

Che Haron, Sueraya (2024) Media sosial berperanan membangun peribadi. MalaysiaGazette.Com.

[img]
Preview
PDF (Electronic Media) - Published Version
Download (332kB) | Preview

Abstract

Kemajuan sains dan teknologi telah membawa perubahan yang sangat besar dalam semua aspek kehidupan manusia. Teknologi juga telah merubah cara manusia berhubung. Pada masa kini, pelbagai bentuk media sosial boleh diguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Menurut laporan ExplodingTopics.com, 10 media sosial yang paling ramai pengguna pada tahun 2024 adalah Facebook, YouTube, WhatsApp, Instagram, TikTok, Wechat, Messenger, Telegram, Viber dan Snapchat. Urutan tersebut ialah berdasarkan jumlah pengguna dan data trafik yang diukur secara bulanan. Meltwater.com turut melaporkan pada tahun 2024, Malaysia merekodkan 28.68 juta pengguna media sosial. Manakala media sosial yang paling popular di Malaysia ialah Whatsapp, TikTok, Facebook, Instagram, Twitter, Xiaohongshu, Telegram, Wechat, Pinterest dan Discord. Memetik laporan Statista.com pada 4 Jun 2024, sehingga suku ketiga 2023, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama 2 jam 48 minit (purata sehari) menggunakan media sosial, yang mana ia menunjukkan sedikit kenaikan dari tahun sebelumnya iaitu 2 jam 47 minit. Kesemua data ini menunjukkan dengan jelas betapa besarnya pengaruh media sosial dalam kehidupan kita semua. Ia seolah-olah sebahagian dari kehidupan kita yang tidak mungkin dapat dipisahkan.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 5042/115240
Uncontrolled Keywords: media sosial, etika, peribadi
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: AP DR SUERAYA CHE HARON
Date Deposited: 24 Oct 2024 10:25
Last Modified: 24 Oct 2024 10:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115240

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year