Subramaniam, Vijayaletchumy and Ahmad H.Osman, Rahmah and Ignacy, Richard and Noor Muhammad, Salmah Jan (2024) Model Pembelajaran Integrasi Kolaboratif (MoPIK): strategi pengajaran guru dalam kemahiran menulis = Integration of Collaborative Learning Model: teacher teaching strategies in writing skills. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (3). pp. 14-28. ISSN 2289-1706 E-ISSN 2289-4268
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (738kB) | Request a copy |
Abstract
Pengembangan kemahiran menulis dalam kalangan murid menjadi gendala disebabkan oleh faktor kelemahan murid dalam menangani kaedah penulisan yang berkesan. Selain itu, proses pengajaran guru juga didapati masih mengekalkan kaedah lama yang seharusnya diubah mengikut rentak pendidikan zaman kini. Perubahan dalam dunia pendidikan menuntut setiap pendidik menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan inovasi dalam memantapkan pengajaran di dalam bilik darjah agar terus membina generasi muda yang meyakini alam pekerjaan dewasa nanti. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) yang mencakupi tiga fasa. Kertas penyelidikan ini memfokuskan fasa kedua iaitu membangunkan kerangka konseptual baharu berpandukan integrasi model pembelajaran kolaboratif dan rangka kerja GRRF sebagai panduan melaksanakan kajian. Pembangunan kerangka konseptual yang baharu, iaitu Model Pembelajaran Integrasi Kolaboratif (MoPIK) ini dapat menjadi pedoman dan amalan kepada warga pendidik subjek Bahasa Melayu dalam mengetengahkan cadangan PdPc yang menarik dan efektif. 20 orang pakar telah menunjukkan persetujuan terhadap pembangunan Model MoPIK ini dengan nilai peratusan kesepakatan sebanyak 85%. Proses pengajaran guru dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi bermakna sekiranya guru menanggapi dan menyedari hakikat bahawa kemahiran menulis boleh dilentur melalui kaedah penulisan baharu (Kaedah UMIBaKaP) yang diterapkan kepada murid di samping penggunaan bahan bantu mengajar (Fail QR KFC RIMa2Na PAPK) dijadikan pendekatan yang baik untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Fail QR KFC RIMa2Na PAPK; Kaedah UMIBaKaP; MoPIK |
Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) > T61 Technical education. Technical schools |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN |
Date Deposited: | 21 Oct 2024 10:42 |
Last Modified: | 21 Oct 2024 10:42 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115144 |
Actions (login required)
View Item |