IIUM Repository

iGQA interaktif: infografik interaktif dalam pembelajaran tatabahasa Arab

Abdul Hamid, Mohd Fauzi and Sahrir, Muhammad Sabri and Yahaya, Mohd Firdaus and Amiruddin, Ahmad Zaki and Sha’ari, Shaferul Hafes and Nasir, Mohd Shahrizal (2024) iGQA interaktif: infografik interaktif dalam pembelajaran tatabahasa Arab. In: International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2024 & Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNOVASI) 2024, 5th September 2024, Bangi, Selangor, Malaysia.

[img] PDF (Full Paper) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (914kB) | Request a copy

Abstract

Buku teks pembelajaran tatabahasa Arab sering dikaitkan dengan penerangan yang kompleks dan dipersembahkan dalam bentuk huraian panjang sehingga terdapat isi yang tidak berfokus. Keadaan ini menyumbang kepada kurangnya minat pelajar untuk terus mempelajari kandungan buku tersebut lalu menganggapnya sukar untuk dikuasai dan difahami. Kemunculan pelbagai aplikasi teknologi pada hari ini dapat dimanfaatkan bagi mengatasi masalah tersebut. Modul Infografik Qawa’id Arabiyyah (iGQA) telah dibangunkan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ini. Infografik merupakan satu kaedah penyampaian maklumat yang mudah serta pantas untuk difahami. Kaedah ini bersesuaian dengan penyampaian maklumat buku teks yang kompleks bagi pembelajaran tatabahasa Arab. Pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan bagi mereka bentuk dan membangunkan modul tersebut. Proses pembangunan modul ini melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan. Modul iGQA ini mengandungi topik-topik tatabahasa Arab dalam bentuk maklumat infografik statik dan video beranimasi. Gabungan kedua-dua infografik ini dipersembahkan secara interaktif melalui dua medium penyampaian, iaitu laman web dan telegram bot. Penyampaian isi kandungan modul berinfografik ini dipersembahkan secara interaktif dengan wujudnya elemen interaksi dua hala seperti butang dan menu-menu yang boleh ditekan untuk memaparkan maklumat yang dikehendaki. Modul ini telah digunakan oleh pelajar dan memperoleh maklum balas positif dengan ciri-cirinya yang ringkas, mudah dan menarik. Modul ini berpotensi digunakan oleh pelajar untuk mempelajari tatabahasa Arab secara kendiri dan juga sesuai dipraktikkan dalam pembelajaran secara dalam talian dengan lebih menarik dan efisien. Para guru atau pensyarah pula berperanan sebagai pembimbing atau pemudah cara.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Additional Information: 3267/114315
Uncontrolled Keywords: Tatabahasa Arab, Infografik, Modul, Interaktif, Laman web, Telegram bot
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 06 Sep 2024 15:42
Last Modified: 26 Sep 2024 14:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114315

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year