IIUM Repository

Bina syurga di Wakayama Jepun

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2024) Bina syurga di Wakayama Jepun. Utusan Malaysia, 26hb Julai 2024 (Gaya (Agama)). p. 23.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (808kB) | Request a copy

Abstract

Ketika kami masuk untuk solat maghrib di Musolla bangunan Japan Dakwah Centre (JDC) di Osaka, Jepun, kelihatan Samir, seorang pemuda Muslim dari Perancis tekun membaca al-Quran. Beliau sedang mengikuti program pertukaran pelajar di Osaka Metropolitan University, Jepun berhampiran dengan Bangunan JDC. Beliau bersyukur kerana JDC membantunya solat berjemaah serta solat jumaat kerana kemudahan tersebut memang sukar ditemui mana-mana Muslim yang tinggal di negara asing seperti Jepun. Tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menyumbang sehingga tertubuhnya Japan Dakwah Centre di Osaka pada tahun 2019. Projek penubuhan JDC ini menelan belanja sehingga RM 4 Juta dan mampu menarik perhatian warga Jepun kerana seni binanya yang menggunakan reka bentuk tradisional Jepun yang disebut “WAFU.” Bukti? Sehingga tarikh rencana ini ditulis, sudah 97 orang warga Jepun memeluk Islam di sini. Pemilihan seni bina Jepun secara tidak langsung memberi mesej kepada warga Jepun bahawa Islam agama universal yang tidak dikurung dengan kepompong mana-mana budaya. Mereka boleh menjadi Jepun walaupun setelah memeluk Islam. Untuk merealisasi idea ini, pihak pengurusan JDC menggalakkan warga Jepun memeluk islam dengan memakai kimono.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/113423
Uncontrolled Keywords: syurga, Wakayama Jepun, Dakwah
Subjects: BPL Islamic education
L Education > LC Special aspects of education > LC65 Social aspects of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 26 Jul 2024 10:38
Last Modified: 26 Jul 2024 10:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/113423

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year