Saimon, Aminnudin and Amran, Nur Fatin Afiqah (2024) Implikatur dalam Qanun 99: Analisis Linguistik Forensik Berdasarkan Teori Relevans. LSP International Journal, 11 (1). pp. 41-61. E-ISSN 2601-002X
|
PDF
Download (434kB) | Preview |
Abstract
Bidang perundang-undangan dan kehakiman merupakan satu bidang yang membantu dalam menegakkan keadilan masyarakat menggunakan bukti-bukti yang diperoleh. Walau bagaimanapun, ujaran boleh dimanipulasi semasa perbicaraan mahkamah atau penyiasatan berlangsung bagi menutupi maksud sebenar. Hal ini menyebabkan wujudnya implikatur dalam ujaran dan memerlukan pihak mahkamah untuk menilai dengan baik segala ujaran yang dituturkan oleh kedua-dua pihak plaintif dan juga defendan sebelum membuat sebarang keputusan. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis implikatur yang terdapat dalam drama Qanun 99 menggunakan teori relevan oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori Relevans mempunyai tiga prinsip utama, iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses yang mampu membantu pihak perundang-undangan dalam membuat keputusan yang tepat. Kajian kualitatif dimanfaatkan dalam kajian ini dengan mengaplikasikan teknik pemerhatian terhadap ujaran dalam konteks drama Qanun 99. Pengkaji menjalankan transkripsi audio ujaran dalam bentuk teks dengan menggunakan teori relevans. Dapatan kajian menunjukkan keputusan bagi setiap kes yang dikendalikan oleh pihak kehakiman dan pihak peguam bela adalah relevan kerana terdapat banyak pengukuhan dalam kesan konteks yang menjadikan usaha memproses pihak berkuasa adalah rendah. Secarakeseluruhannya, drama Qanun 99 menunjukkan kecekapan para peguam bela dan pihak kehakiman dalam membuat sesuatu keputusan yang relevan dengan meneliti segala aspek implikatur sesuatu ujaran
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Implikatur, teori relevnas, linguistik forensik, perundang-undangan |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 27 Jun 2024 10:26 |
Last Modified: | 27 Jun 2024 10:26 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112799 |
Actions (login required)
View Item |