IIUM Repository

Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim ke-14

Saimon, Aminnudin and Faris, Haura' and Safuan, Nur Aqilah Husna and Mohd Zamri, Nurain Syamila and Zulkefli, Nurul Shazwani (2024) Strategi Ketidaksantunan Bahasa dalam Animasi Bersiri Kanak-Kanak Upin & Ipin Musim ke-14. LSP International Journal, 11 (1). pp. 79-92. E-ISSN 2601-002X

[img] PDF
Download (261kB)

Abstract

Kemunculan heterogen animasi bersiri semakin mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat sesetengah animasi bersiri yang menyasarkan golongan setahun jagung ini dikesan mempunyai ujaran dan perilaku ketidaksantunan. Oleh itu,makalah ini bertujuan untuk mengkategorikan penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa dalam animasi bersiri kanak-kanak, “Upin & Ipin” musim ke-14 dengan mengaplikasikan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996) dan seterusnya menganalisis penggunaan strategi ketidaksantunan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam makalah ini ialah kaedah pemerhatian dan transkripsi dialog yang diujarkan oleh watak-watak dalam 15 buah episod animasi bersiri kanak-kanak “Upin & Ipin”musim ke-14. Data yang diperoleh diaplikasikan dalam bentuk jadual dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks, iaitu penggiliran dialog oleh watak yang terdapat dalam animasi tersebut. Dapatan kajian dikategorikan kepada lima strategi ketidaksantunan, iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Dapatan kajian mendapati bahawa strategi ketidaksantunan negatif mencatatkan kekerapan paling tinggi, iaitu sebanyak 19 ujaran daripada 46 ujaran keseluruhan. Kekerapan strategi menahan kesantunan pula mencatatkan kekerapan terendah, iaitu sebanyak 2ujaran. Kesimpulannya, animasi bersiri kanak-kanak juga tidak terlepas daripada penggunaan strategi ketidaksantunan bahasa ini. Penggunaan ujaran yang menzahirkan ketidaksantunan haruslah ditegah supaya tidak menjadi barah kepada generasi akan datang.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: ketidaksantunan, kanak-kanak, animasi, Culpeper (1996) dan ujaran.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 27 Jun 2024 10:26
Last Modified: 27 Jun 2024 10:26
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112798

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year