Fatah Yasin, Raudlotul Firdaus and Mohammad Rizat Khan, Nurdiyana Najihah (2023) Hak dan emansipasi wanita: kajian dan analisis terhadap Tafsir Al-Azhar. In: Emasipasi Wanita Berdasarkan Perspektif Ulama Melayu. PENERBIT USIM, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, pp. 83-96. ISBN 978-629-7534-95-4
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (11MB) | Request a copy |
Abstract
Seluruh kehidupan yang terbentang di pentas dunia mahupun di segenap angkasa merupakan ciptaan Tuhan yang tiada celanya. Hal ini termasuklah manusia yang terdiri daripada dua jantina, iaitu lelaki dan perempuan, dititipkan bersama-samanya satu tugasan yang mulia, iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi. Hakikatnya manusia merupakan satu-satunya makhluk yang diberikan akal fikiran untuk membezakan antara yang baik dengan buruk. Namun, tidak ada sekelumit perbezaan tugasan, taraf atau darjat antara dua jantina yang wujud pada manusia. Lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya boleh menjadi hamba yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan akan dikurniakan dengan ganjaran yang sama daripada-Nya dengan melakukan amal kebaikan yang diwajibkan kepada mereka. Sepertimana yang diberitahu dalam kitab suci al-Quran melalui Surah al-Nahl ayat 97: "Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
Item Type: | Book Chapter |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1101 Women. Feminism H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences |
Depositing User: | Dr Raudlotul Firdaus Fatah Yasin |
Date Deposited: | 28 May 2024 15:00 |
Last Modified: | 28 May 2024 15:00 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/112364 |
Actions (login required)
View Item |