IIUM Repository

Peranan dan cabaran pusat mediasi mahkamah dalam penyelesaian kes pertikaian di Malaysia (The role and challenges of the court mediation centre in resolving disputes in Malaysia)

Drs Nasrul, Muhammad Amrullah and Md Said, Muhamad Helmi and Mohd Alam Shah, Nurin Athirah (2024) Peranan dan cabaran pusat mediasi mahkamah dalam penyelesaian kes pertikaian di Malaysia (The role and challenges of the court mediation centre in resolving disputes in Malaysia). Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 36 (1). pp. 121-144. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (460kB) | Request a copy

Abstract

Terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang penyelesaian melalui mahkamah. Jika terdapat pertikaian yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan gagal diselesaikan secara baik, tempat yang mereka tuju sudah semestinya mahkamah. Disebabkan hal itu, kes di mahkamah semakin meningkat sehingga menyebabkan banyak kes di mahkamah terpaksa ditangguhkan atau ditunda ke suatu tarikh yang lain. Perkara seperti ini secara tidak langsung memberikan imej buruk atau negatif kepada institusi kehakiman di Malaysia. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi tidak terkawal, hakim di mahkamah mencadangkan pihak-pihak yang terlibat untuk bermediasi di Pusat Mediasi Mahkamah yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Sivil. Walaupun pusat mediasi ini telah lama bertapak di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak tahu akan kewujudannya. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang pusat mediasi ini dan menilai peranan dan cabaran yang terdapat di pusat mediasi ini untuk menyelesaikan pertikaian. Kajian ini mengguna pakai penyelidikan berasaskan kepustakaan, iaitu peruntukan undang-undang, kes mahkamah, buku teks, artikel jurnal, akhbar, prosiding persidangan dan kertas seminar. Kaedah temu bual secara berstruktur juga dilakukan kepada pegawai mahkamah atau mediator yang dilantik. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Pusat Mediasi Mahkamah ini sebenarnya berkesan dalam usaha menyelesaikan pertikaian khususnya pertikaian keluarga. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dipergiatkan agar kesemua cabaran yang ada di Pusat Mediasi Mahkamah ini dapat diatasi secara efektif selain dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan Pusat Mediasi Mahkamah

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Mahkamah Tinggi, Pusat Mediasi Mahkamah, kaukus, perintah, mediasi, pertikaian
Subjects: K Law > K623 Civil Law
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Depositing User: DR MUHAMMAD AMRULLAH DRS NASRUL
Date Deposited: 25 Mar 2024 15:59
Last Modified: 25 Mar 2024 15:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111585

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year