Nazir, Faridah (2023) Model tatatulis dalam pengajaran kemahiran menulis. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, 24 (1). pp. 10-20. ISSN 1511-5828 E-ISSN 2637-1065
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (390kB) | Request a copy |
Abstract
Model tatatulis diilhamkan daripada salah satu teknik pengajaran kemahiran membaca, iaitu tatacerita. Walau bagaimanapun, teknik tatacerita mempunyai sepuluh peringkat yang perlu diikuti oleh guru dan murid sebelum murid boleh membaca sesuatu bahan bacaan. Berlainan pula dengan model tatatulis yang khusus untuk melatih murid-murid menulis dengan baik melalui lima langkah utama. Kelima-lima langkah tersebut ialah, (i) guru dan murid berkongsi idea daripada pembacaan atau cerita melalui pengalaman sebenar, (ii) murid mencatatkan semula idea dan cerita berdasarkan pembacaan dan pengalaman mereka, (iii) guru membina ayat-ayat gramatis berdasarkan idea dan cerita yang dicatat oleh murid, (iv) murid menulis wacana berbentuk karangan yang lengkap berdasarkan ayat-ayat yang ditulis oleh guru, dan (v) wacana yang lengkap seterusnya dijilidkan berdasarkan tema. Sehubungan itu, pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis dengan menggunakan model tatatulis ini untuk mengajar kemahiran menulis kepada murid-murid Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), unit Pendidikan Jasmani/Pendidikan Kesihatan/Bahasa Melayu semester 5, berjumlah 23 orang. Dapatan kajian mendapati bahawa, 17 buah cerita pendek telah berjaya dihasilkan dalam empat kumpulan (tiga kumpulan yang mempunyai 6 ahli dan satu kumpulan dengan lima ahli) melibatkan 23 orang murid-murid dengan menggunakan model tatatulis. Secara tidak langsung, dapatan kajian rintis ini menunjukkan bahawa, model tatatulis amat berkesan untuk melatih murid-murid menulis sesuatu wacana dengan lengkap dan berkualiti.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Model tatatulis, tatacerita, lima langkah model tatatulis, cerita pendek |
Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Associate Profesor Dr. Faridah Nazir |
Date Deposited: | 21 Mar 2024 14:11 |
Last Modified: | 21 Mar 2024 14:11 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111522 |
Actions (login required)
View Item |