Mohd Noor Merican, Ahmad Murad (2021) Pencorakan Kepulauan Melayu dan Pulau Pinang oleh Kaum Jawi Peranakan dan Hadhrami melalui kewartawanan dan persuratkhabaran sebelum 1942: satu tafsiran semula penulisan W. R. Roff. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 23 (2). pp. 39-52. ISSN 1511-2284 E-ISSN 2231-8143
|
PDF
- Published Version
Download (416kB) | Preview |
Abstract
Artikel ini memberikan tafsiran semula dan penekanan terhadap kewartawanan dan akhbar, secara amnya melalui tulisan W.R. Roff. Tiga daripada karya beliau yang signifikan dalam kajian ini ialah Studies on Islam and Society in Southeast Asia (2009: NUS Press Singapore), Bibliografi terbitan berkala Melayu dan Arab yang diterbitkan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Semenanjung 1876-1941 (1972: Oxford University Press) dan The Origins of Malay Nationalism (1967: Yale University Press). Berdasarkan kajian beliau, adalah suatu keperluan untuk mengimbas kembali bahawa akhbar berbahasa Melayu adalah hasil pakatan sulit antara budaya kepulauan Melayu dan Barat; dan kewartawanan Melayu awal dari tahun 1876 hingga permulaan Pendudukan Jepun pada tahun 1942 adalah ekspresi dan manifestasi identiti Melayu melalui masyarakat Jawi Peranakan dan Hadhrami dalam iklim bandar dan kosmopolitan, dengan rujukan khusus kepada Melayu Tanjong di Pulau Pinang.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Malay Journalism, Jawi Peranakan, W. R. Roff, Penang |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) N Fine Arts > NE Print media |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) |
Depositing User: | PROF. DR. AHMAD MURAD MOHD NOOR MERICAN |
Date Deposited: | 19 Mar 2024 09:46 |
Last Modified: | 19 Mar 2024 09:46 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111402 |
Actions (login required)
View Item |