IIUM Repository

Keputusan kes Nik Elin buka ruang perkasa undang-undang syariah

Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2024) Keputusan kes Nik Elin buka ruang perkasa undang-undang syariah. Berita Harian, MukaSepuluh (13hb Februari 2024). p. 10.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (587kB) | Request a copy

Abstract

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah pada 9 Februari lalu menerima reaksi berbeza. Terdapat tohmahan melampau pihak berpegang Islam hanya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kumpulan ini melihat Mahkamah Sivil sebagai mahkamah tidak syarie. Kedudukan Mahkamah Sivil akan lebih jelas jika diterjemahkan sebagai Mahkamah Awam membezakan bidang kuasanya dengan Mahkamah Syariah. Perenggan [7] Ringkasan Penghakiman petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman sewajarnya disambut baik apabila mahkamah membuat pemerhatian berikut: "Mahkamah Syariah di Malaysia, setakat hari ini, tidak melaksanakan hukuman hudud atau qisas, hanya takzir. Mahkamah sivil juga melaksanakan hukuman takzir. Sebegitu, tidak ada bezanya Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil kerana kedua-dua sistem syariah dan sivil melaksanakan hukuman takzir. Perbezaannya cuma hukuman takzir dilaksanakan Mahkamah Syariah bersumberkan atau mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat negeri dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala hukuman takzir dilaksanakan Mahkamah Sivil mengikut undang-undang ditetapkan pemerintah di peringkat Persekutuan diluluskan Parlimen."

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 10937/111004
Uncontrolled Keywords: Undang-undang syariah, Nik Elin, Mahkamah Persekutuan
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 23 Feb 2024 14:57
Last Modified: 23 Feb 2024 14:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/111004

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year