IIUM Repository

Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq

Johari, Arina and Mohamad, Akhmal Hakim and Rosly, Nurul Jamilah and Nopiah, Julaina (2023) Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON LANGUAGE, EDUCATION AND TOURISM 2023, 7 AUGUST 2023, KLM IIUM PAGOH. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menekuni bidang kesantunan daripada perspektif ilmu pragmatik. Isu kesantunan Melayu yang terkandung di dalam filem Melayu klasik Damaq dijadikan tunjang utama kajian dengan berpandukan Model Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Kajian ini menggariskan dua objektif, iaitu mengenal pasti strategi kesantunan dan menganalisis penggunaannya dalam filem Damaq. Lima strategi kesantunan B&L, iaitu (i) strategi Berterus-terang (SBB), (ii) strategi kesantunan positif (SKP), (iii) strategi kesantunan negatif (SKN), (iv) strategi kesantunan tidak langsung (STL), dan (v). Strategi tidak melakukan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dianalisis dalam 11 babak dengan 24 konteks perbualan dan jumlah keseluruhan 198 dialog daripada lima watak. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui lima metod, iaitu (i) kaedah kepustakaan, (ii) kaedah muat turun bahan, (iii) kaedah transkripsi, (iv) kaedah analisis teks dan (v) kaedah penjadualan data. Hasil analisis mendapati bahawa keempat-empat strategi kesantunan B&L diaplikasikan oleh watak Damaq, Anggerik, Bujang, Kenanga dan Gegala dalam tiga variasi pilihan strategi kesantunan yang berbeza-beza. Tiga strategi, iaitu SKP, SKN dan STL didapati memperlihatkan aplikasi yang sama dominan dengan perbezaan jumlah dan peratusan yang sangat rendah; membuktikan bahawa setiap watak telah mempamerkan usaha yang tinggi untuk menyantuni di antara satu sama lain serta khalayak penonton demi mencapai matlamat komunikasi yang ditetapkan.

Item Type: Proceeding Paper (Slide Presentation)
Uncontrolled Keywords: Strategi Kesantunan, Filem Melayu Klasik, Model Kesantunan B&L, dan media
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 28 Dec 2023 10:35
Last Modified: 28 Dec 2023 10:35
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109252

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year