IIUM Repository

Kedaulatan Malaysia: governan utama negara

Hasgim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2023) Kedaulatan Malaysia: governan utama negara. Abad Sinergi Sdn. Bhd. & Penerbit UMP, Selangor, Malaysia. ISBN 978-967-5473-53-1

[img] PDF (Book) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (799kB) | Request a copy

Abstract

Kedaulatan Malaysia sering dipopularkan melalui kerangka Westminster. Pemikiran sedemikian berlaku kerana perbahasan tentang kedaulatan tidak dianalisis dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah pentafsiran berlandaskan jurisprudens. Kaedah pentafsiran yang ditetapkan dalam kes Mahkamah Persekutuan Indira Gandi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] menuntut dokumen perlembagaan ditafsirkan secara luas, bertujuan dan ditempatkan dalam linguistik, falsafah serta konteks sejarah dengan merujuk kepada teks perlembagaan itu sendiri, sejarah dan tafsiran kehakiman di sisi perlembagaan. Kedaulatan merupakan aspek utama yang memberikan legitimasi sekali gus mencorak sistem perlembagaan sesebuah negara, termasuklah negeri yang menyertai sesebuah persekutuan atau kesatuan. Sistem perlembagaan ditakrifkan Venter (2000) mengandungi tiga eleman, iaitu falsafah, doktrin dan prinsip. Menurut Curzon (2007: 395) kedaulatan ialah konsep politik dan undang-undang berkaitan dengan kekuasaan agung dalam sesebuah negeri. Perlembagaan menurut takrifan moden ialah sistem undang-undang, adat dan konvensyen yang menentukan komposisi dan kuasa organ negeri, serta mengawal selia hubungan pelbagai organ dalam pemerintahan sebuah negeri dan juga antara pihak negeri dengan hak persendirian warganegara (Hood Philip and Jackson 2001).

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 19 Dec 2023 15:57
Last Modified: 19 Dec 2023 16:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108894

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year