IIUM Repository

Penyucian jiwa dan jalan kerohanian menuju Tuhan

Mohd. Marzuki, Zunaidah and Muhammad Uthman El-Muhammady, Asma (2023) Penyucian jiwa dan jalan kerohanian menuju Tuhan. In: Inspirasi Said Nursi: peranan kerohanian dalam kehidupan. KIRKHS, IIUM & Hayrat Malaysia, Batu Caves, Selangor, Malaysia, pp. 85-123. ISBN 978-629-98292-1-8

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (30MB) | Request a copy

Abstract

Aspek kerohanian merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seorang manusia yang memerlukan pedoman dan petunjuk dalam mencapai kesejahteraan hidup berdasarkan fitrah penciptaannya. Seperti jasmani yang memerlukan makanan, air dan tenaga untuk tumbesaran badan, begitu juga rohani, emosi dan aqli memerlukan makanan maknawi yang bersesuaian dengan hakikat kejadiannya agar fitrah seorang insan itu terisi dengan sempurna untuk tumbesaran tiga elemen ini agar seiring atau lebih baik daripada tumbesaran jasmaninya. Pelbagai panduan kerohanian berlandaskan al-Qur’an dan Hadis Nabi Muhammad SAW boleh dijadikan pedoman untuk manusia dalam memastikan kesejahteraan rohani. Tokoh-tokoh Islam terdahulu ramai yang telah menyumbang ke arah menyediakan panduan kerohanian bagi membasahi jiwa-jiwa yang gersang dan lesu di zaman kemerosotan moral dan spiritual untuk kembali meneruskan perjalanan rohani mereka berdasarkan sumber al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Badiuzzaman Said Nursi melalui tulisannya Risalah al-Nur, telah membincangkan beberapa jenis penyakit kerohanian yang pada beliau merupakan tipu daya syaitan terhadap manusia, antaranya seperti cinta kepada kemasyhuran, perasaan takut dan bimbang, sifat tamak, sombong dan bangga diri, dan kecintaan yang berlebihan terhadap keselesaan dan kenikmatan hidup. Untuk mengatasi sifat-sifat yang tercela ini, beliau telah mencadangkan empat jalan utama kerohanian yang boleh membawa manusia kepada Allah iaitu al-‘ajzu (kelemahan), al-faqru (kefakiran), asy-shafaqah (kasih) dan at-tafakkur (tafakur). Empat jalan ini umpama perencah utama di antara pelbagai jalan kerohanian yang boleh memandu manusia menuju destinasi kepada Allah. Perencah-perencah sampingan yang menggabungjalinkan empat perencah utama ini ialah Lima Wirid Kerohanian iaitu mengikut Sunnah, melaksanakan segala fardhu, meninggalkan dosa-dosa besar, menunaikan solat dengan menyempurnakan rukun, melakukan zikir dan wirid selepas solat; beserta Empat Langkah Kerohanian yang diadaptasi daripada empat ayat Al-Qur’an. Gabungan Empat Jalan, Lima Wirid, dan Empat Langkah adalah resipi terpilih sebagai pedoman kerohanian model Nursi yang berlandaskan wahyu Ilahi dan Sunnah Nabi.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: kerohanian, kelemahan, kefakiran, kasih, tafakur
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
BPL Islamic education
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Depositing User: Zunaidah Mohd Marzuki
Date Deposited: 21 Dec 2023 12:24
Last Modified: 22 Dec 2023 20:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108792

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year