IIUM Repository

Revolusi bahasa dan asas tamadun (cetakan keempat 2023)

Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah (2023) Revolusi bahasa dan asas tamadun (cetakan keempat 2023). 06500 (cetakan ke empat). Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. ISBN 9789834923303

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview

Abstract

Bukti batu bersurat merupakan sumber yang kuat dan autentik. Bukti ini bukan saja berperanan untuk mengetengahkan bukti yang nyata dan jelas, bahkan dapat memberikan maklumat tentang kehidupan masyarakatnya pada ketika itu. Namun begitu, kebolehan menelaah dan memahami penulisan yang terpahat pada batu bersurat bukanlah sesuatu yang mudah untuk difahami dan dipelajari. Masih banyak yang perlu diterokai untuk mendapatkan kesahihan maklumat yang berlaku pada zaman purba atau kuno ini. Antara perkara yang paling asas yang boleh dijadikan ukuran adalah tentang genealogi keturunan Homo sapiens yang masih lagi berada dalam kerangka perbincangan. Keadaan ini seolah olah memberikan gambaran bahawa berdasarkan sumber Islam masih belum ada rumusan yang boleh dibuat yang memihak kepada satu keterangan tertentu tentang asal usul keturunan manusia. Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa pandangan orientalis boleh dianggap sempurna dan boleh dipercayai kerana data tersebut ditemukan tercatat pada batu bersurat yang diakui oleh ahli sejarah. Namun begitu, dipercayai bahawa pandangan tersebut bukanlah keputusan yang terbaik kerana versi yang berbeza pendapat daripada sumber Islam bersetuju bahawa bangsa Arab-Proto muncul sejak sekian lama. Walaupun data yang dikumpulkan ternyata tidak selari, maka ini bukanlah hujah untuk menolak pandangan yang berdasarkan sumber Islam. Perbezaan ini disebabkan oleh cara pengolahan maklumat yang disampaikan secara lisan sebelum ditulis. Menariknya, maklumat yang diperoleh daripada sumber Islam lebih luas perbincangannya berbanding dengan pandangan orientalis dan yang terakam dalam kitab Injil. Hakikatnya, banyak sumber sekunder yang menyokong sumber wahyu Islam yang menyatakan bahawa Adam ialah orang pertama yang mendiami bumi adalah benar dan tepat. Namun begitu, terdapat sesetengah fahaman beranggapan bahawa hal ini hanyalah mitos dan legenda cerita lisan yang tidak benar. Tambahan pula, sumber Arab turut mengesahkan bahawa bangsa mereka wujud sebelum zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi. Jelasnya, maklumat seperti ini bukanlah fiksyen atau rekaan semata-mata tetapi secara tidak langsung mengiakan bahawa bahasa Arab sebenarnya telah wujud sejak munculnya bangsa Arab-Proto. Berdasarkan pandangan ahli sejarah bahasa, antara tempat terawal munculnya bahasa Arab ini termasuklah kawasan Sabaʼ di Yaman. Meskipun, bahasa Himyar atau Thamud itu tidak sama dengan bahasa Arab yang tercatat dalam al-Quran, tetapi bahasa tersebut masih tergolong dalam dialek atau lahjah bahasa Arab kerana kedudukan dialek tersebut masih berada dalam kawasan lembah yang subur di Semenanjung Tanah Arab (fertile crescent) ). Dipercayai bahawa bahasa Arab telah lama wujud, namun pandangan yang beranggapan bahasa lain yang wujud terlebih dahulu adalah tidak tepat kerana evolusi bahasa yang berlaku hanya menunjukkan perbezaan sebutan lisan atau tulisan tetapi evolusi tersebut masih tidak mengubah identiti asal dan tatabahasa bahasa itu. Dalam hal ini, ternyata identiti bangsa Arab yang paling signifikan ialah bahasanya, meskipun dialek atau lahjahnya berbeza. Maka, sudah tentu sifat asas sesuatu bahasa itu mesti berasal daripada induk yang sama meskipun melalui proses yang berabad-abad lamanya dan muncul dari tempat yang berlainan tetapi masih lagi berada dalam kerangka sempadan tanahnya yang asal dan masih lagi dalam keluarga yang sama. Kajian akademik yang dibuat oleh Barat seolah-olah mengabaikan perkaitan antara sejarah tamadun manusia dengan kisah anbia, serta penggunaan bahasa para nabi pada ketika itu. Bahkan, maklumat dan data sejarah telah diubah dan dicampuradukkan kerana tiada pelibatan dunia Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap keputusan yang dibuat. Penelitian terhadap batu bersurat yang dipercayai ditulis sebelum tahun 3000 Sebelum Masihi membuktikan bahawa wujudnya kerajaan terawal selepas peristiwa banjir besar Nabi Nuh a.s.. Beberapa rahsia dunia yang jarang-jarang disentuh oleh para ilmuwan berjaya disingkap apabila kesahihan kandungan dan bahasa yang digunakan dalam kitab Taurat masih lagi menjadi perdebatan yang tidak berkesudahan. Begitu dengan kitab Injil yang terlalu samar ketepatan maklumatnya dalam Perjanjian Baharu. Hasilnya, perbincangan asal usul bahasa yang digunakan oleh Nabi Isa a.s. menjadi asas perbincangan dalam buku yang undang-undangnya dipakai (canonical books) dan buku yang undang-undangnya tidak dipakai (non-canonical books). Selain itu, perbincangan tentang kerajaan yang muncul selepas ketiadaan Nabi Isa a.s. memberikan maklumat baharu yang mencabar sejarah tamadun manusia apabila pihak Barat mengakui kewujudan bangsa Arab secara rasmi. Kemunculan Kerajaan Nabaten, Palmyra, Ghasasanah, Harran, dan sebagainya menjadi bukti ketuanan bangsa Arab di bumi al-Jazirah. Kerajaan ini pada hakikatnya muncul sejak awal lagi, hasil peluasan kuasa dan empayar yang ada pada ketika itu. Perbandingan antara bangsa Arab, Abra (yang dikenali sebagai Ibrani) dan Israel perlu dikaji untuk mengetahui aspek perbezaan dan persamaannya agar dapat memberikan kefahaman tentang pergolakan yang berlaku di Timur Tengah sejak zaman berzaman. Sesungguhnya, perbalahan dan pergolakan yang berlaku sehingga terbinanya tembok yang memisahkan antara bangsa Arab dengan Yahudi bermula sejak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi. Walau bagaimanapun, bangsa Yahudi yang disebut-sebut dalam perebutan tanah air Palestin ini bukanlah bangsa Ibrani atau bani Israel yang wujud sejak zaman nabi terdahulu, bahkan terdapat pihak lain yang mengambil kesempatan terhadap konflik silam di bumi Palestin yang memang merancang untuk merampas dan mengambil hak orang lain tanpa rasa bersalah. Dengan kata lain, buku ini menyentuh sejarah silam bangsa Arab dan perkembangan bahasa Semitik berdasarkan susur galur peradaban manusia di sekitar Semenanjung Tanah Arab.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Bahasa, pemikiran, tamadun, Purba, Klasik
Subjects: D History General and Old World
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PA Classical philology
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PJ Semitic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6142 Arabic Language - Noun
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language > PJ6690 Ancient Arabic
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language > PJ6950 South Arabian
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ7501 Arabic literature
P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0080 Criticism
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN0441 Literary History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr. Solehah Yaacob
Date Deposited: 08 Dec 2023 16:33
Last Modified: 08 Dec 2023 16:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108655

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year