IIUM Repository

Hayati sejarah, perkukuh jati diri elak negara bangsa runtuh

Fathil, Fauziah (2023) Hayati sejarah, perkukuh jati diri elak negara bangsa runtuh. Berita Harian, Rencana (6hb November 2023). p. 12.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (880kB) | Request a copy

Abstract

Sejarah tamadun manusia tidak lekang daripada pelbagai konflik dan pertikaian menyebabkan kemusnahan serta kebinasaan sejak dahulu hingga kini. Bukan sahaja hal yang sedemikian merosakkan alam, bahkan, seperti dinyatakan dalam kitab suci al-Quran, ia mencetuskan kemusnahan dan kehancuran kepada manusia. Seiring dengan itu, tercatat juga kemajuan dan pencapaian manusia dalam pelbagai bidang, hasil semangat inovasi dan daya intelek tinggi, akhirnya membentuk tamadun besar dunia. Tamadun Mesopotamia, China, India, Islam dan Barat adalah antara peradaban besar dunia tidak mungkin wujud serta berkembang tanpa usaha bersama golongan pemerintah, cerdik pandai dan seluruh masyarakat. Persoalan ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh manakah sejarah sebagai satu cabang ilmu pengetahuan boleh mencetuskan kejatuhan sesuatu bangsa atau negara, bahkan tamadun manusia dan sejauh manakah ilmu sejarah dapat membantu suatu bangsa atau negara, bukan sahaja terus wujud tetapi mengecapi pelbagai kemajuan hatta membolehkan bangsa atau negara melebarkan sayap atau pengaruh kuasanya ke atas bangsa atau negara lain.

Item Type: Article (Newspaper)
Uncontrolled Keywords: Sejarah, Jati Diri, Bangsa, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H51 History
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of History & Civilization
Depositing User: Dr. Fauziah Fathil
Date Deposited: 28 Nov 2023 08:52
Last Modified: 15 Feb 2024 16:57
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/108361

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year