Saimon, Aminnudin and Sheikh Mohd Fauzi, Siti Nurshahqqira and Zafri, Nuwaira Zafira and Ibrahim, Nur Azmina Izzatulrazan and Abd Halim, Nur Aqilah (2023) Tahap penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid tahun 4 di Sekolah Kota Raja, Panchor Muar, Johor. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 14 (2). pp. 71-82. ISSN 1823-6812
PDF (Article)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (714kB) | Request a copy |
Abstract
Dalam meniti arus kemodenan ini, keadaan semasa menunjukkan bahawa tulisan Jawi sudah dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Hal ini demikian kerana, murid sekolah menganggap bahawa tulisan Jawi ini adalah sukar untuk difahami dan dipelajari. Menurut Noraziah Mohd Amin dan Noor Azam Abdul Rahman (2019), persepsi berkaitan kesukaran ini menyebabkan murid sekolah rendah mudah kehilangan minat untuk belajar tulisan Jawi. Kajian ini memfokuskan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 sekolah Kota Raja, Panchor, Muar. Objektif bagi kajian ini ialah mengenal pasti tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor dan menganalisis tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif.Kaedah pengumpulan data adalahmelalui teknik soal selidik yang berbentuk kertas ujian atau peperiksaan dan teknik temu bual secara rawak. Responden kajian adalah seramai 50 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor, Muar berada pada tahap yang cemerlang. Bukan itu sahaja, bilangan murid yang berada pada tahap mahir untuk ujian menulis dan tahap lancar untuk ujian membaca adalah hampir sama. Bilangan murid pada tahap mahir untuk ujian menulis adalah seramai 24 orang dan seramai 23 orang murid yang berada pada tahap lancar untuk ujian membaca. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa golongan murid yang menguasai tulisan Jawi dari aspek penulisan juga akan menguasai dari aspek pembacaan.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Penguasaan; Tulisan Jawi; Murid Tahun 4; Sekolah;Menulis dan Membaca |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 31 Oct 2023 09:29 |
Last Modified: | 15 Jan 2024 11:23 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/107782 |
Actions (login required)
View Item |