IIUM Repository

Kebolehgunaan aplikasi Myarabiy Game dalam pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS

Zainudin, Ghazali and Mohamed Masrop, Noor Azli and Sahrir, Muhammad Sabri and Ramlan, Siti Rosilawati and Ismail, Irwan Mahazir and Muslil, Yuszaimi and Mansor, Naqibah (2023) Kebolehgunaan aplikasi Myarabiy Game dalam pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 10 (2). pp. 176-196. E-ISSN 2289-7909

[img] PDF (Journal) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (511kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan pesat teknologi pada zaman ini, menjadikan peranti mudah alih seperti telefon dan tablet sebagai suatu alat yang memberikan peluang pembelajaran dan pengajaran luar biasa kepada pelajar dan guru. Wujudnya, peranti mudah alih sebagai salah satu alat dalam PdP menjadikan pendidikan yang dijalankan lebih menarik. Aplikasi mudah alih My Arabiy Game yang dibangunkan menerusi kajian ini adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunapakai oleh para guru bahasa Arab sekolah rendah. My Arabiy Game ini dibangunkan menggunakan sukatan kurikulum Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIS menerusi platform Android. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Game terhadap para pelajar di SRA. Penilaian reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Game ini dijalankan ke atas para guru bahasa Arab SRA di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk yang terdiri daripada elemen kandungan, elemen motivasi, elemen kebolehcapaian, elemen seronok dan elemen multimedia berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati aplikasi My Arabiy Game mengikut tahap penilaian para guru menunjukkan guru bersetuju bahawa permainan pendidikan yang dibangunkan ini menarik dan mudah untuk difahami serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Keberkesanan; My Arabiy Game; Pembelajran Bahasa Arab; Sekolah Rendam Agama; JAIS
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 18 Oct 2023 17:09
Last Modified: 18 Dec 2023 16:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/107529

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year