IIUM Repository

Pendidikan ilmu jalan akhirat sebagai penyuluh pemikiran pembangunan lestari

Jamil, Khairil Husaini and Jamil, Asyraf Isyraqi (2023) Pendidikan ilmu jalan akhirat sebagai penyuluh pemikiran pembangunan lestari. In: Pendidikan Islam dan Pembangunan Lestari. Penerbit Universiti Melaka, Melaka, pp. 42-64. ISBN 978-967-2423-32-4

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Meskipun kelestarian diertikan menurut kamus sebagai kekekalan, hakikat sebenar kelestarian ialah kemampanan iaitu kemampuan untuk terus memiliki dan menggerakkan daya sendiri ketika menghadapi kepelbagaian keadaan. Konsep ini selaras dengan perjalanan dunia yang tidak sentiasa bercorak tetap dan tidak sentiasa mengikut aturan logik. Seringkali kita mendengar kisah individu yang sangat menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat tetapi ditimpa penyakit kronik. Manakala individu yang tidak begitu meneliti gaya hidup sihat pula dipanjangkan usia tanpa sebarang penyakit berbahaya. Kes sebegini mungkin dianggap nadir atau terpencil, namun corak yang sama atau mirip sepertinya sering berulang dan boleh diperhatikan dalam pelbagai lapangan, dan keadaan-keadaan yang ‘luar biasa’ sebegini tidak mungkin dapat dihentikan sama sekali. Dari perbualan santai di warung kopi sehingga perdebatan falsafah tinggi, kerawakan dalam kehidupan adalah fenomena yang pasti akan dilibatkan dan tidak boleh dinafikan. Gagasan Matlamat Pembangunan Lestari juga bertitik-tolak daripada kesedaran tentang wujudnya hubungan antara aspek-aspek yang pada asalnya dianggap tidak relevan dan kesedaran tentang keterbatasan sumber. Asas gagasan ini, iaitu aktiviti ekonomi dan industri yang menyebabkan krisis alam sekitar dan krisis keseimbangan sosial, pada hakikatnya berpunca daripada kesempitan pandangan hidup dan kegagalan menangani kerawakan. Sehubungan dengan ini, Islam telah menawarkan panduan menguruskan kehidupan dan kepelbagaian melalui pendidikan berkenaan hakikat dunia yang turut melibatkan kerawakan. Pemikiran pembangunan lestari menurut Islam haruslah bermula dengan kefahaman berkenaan hakikat lapangan pembangunan itu sendiri iaitu dunia. Bab ini berhujah bahawa hakikat dunia dan pengurusannya telah diperincikan dalam ilmu yang disering dirujuk sebagai ilmu jalan akhirat. Penulisan ini menegaskan bahawa hanya melalui pendidikan ilmu jalan akhirat, pemikiran pembangunan lestari yang sebenar menurut Islam dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan baik. Melalui ilmu ini, pemikiran pembangunan lestari tidak akan terbatas kepada instrumen seperti indeks dan skala semata-mata, tetapi insan yang berjiwa sejahtera dan dinamik dapat dilahirkan untuk mengemudi kelestarian aras tinggi yang berhubung dengan hakikat sebenar kehidupan dunia.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Akhirat, Pembangunan Lestari, Pendidikan Islam, SDG, Hadis
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP135 Hadith literature. Traditions. Sunna
BPL Islamic education
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: Dr. Khairil Husaini Bin Jamil
Date Deposited: 06 Oct 2023 08:06
Last Modified: 06 Mar 2024 19:30
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/107284

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year