IIUM Repository

Mata wang BRICS bukti dunia sedia terima pembaharuan.

Mohd Nasarudin, Ahmad Fawwaz and Ahmad Mizanudin, Puteri Mardhiyah Munatul Maknun and Farid, Najwa (2023) Mata wang BRICS bukti dunia sedia terima pembaharuan. Berita Harian, 6 Sep 2023 (Rencana). p. 12.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (794kB) | Request a copy

Abstract

Sorotan lensa ekonomi dunia minggu lalu dihangatkan penegasan Presiden Russia, Vladimir Putin bahawa kesatuan BRICS komited terhadap pelan kesatuan untuk mengeluarkan mata wang sendiri yang harganya bakal didukung emas, sekali gus menghentikan dominasi dan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS). Ketika berucap pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-15 di Johannesburg, Putin optimis langkah penggantian mata wang asing (de-dollarization) diusahakan BRICS ialah inisiatif bersifat proaktif sejajar gesaan mewujudkan paradigma baharu untuk kelestarian kewangan global masa depan. Kenyataan beliau senada dengan luahan rakan sejawatnya dari Brazil, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berterusan mempersoalkan kewajaran dunia merelakan ketidaktentuan pasaran ekonomi dunia yang ketika ini dipacu pergerakan dolar. Hakikatnya, gesaan dan dorongan merejuvenasi sistem mata wang antarabangsa bukanlah baharu. Ia pernah berkali-kali digagaskan beberapa negara, terutama yang terbabit dalam konfrontasi dengan AS atau Kesatuan Eropah (EU).

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 7732/106714
Uncontrolled Keywords: Mata wang BRICS, ekonomi, matawang asing
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG201 Money
H Social Sciences > HG Finance > HG201 Money
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences
Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Finance
Depositing User: Dr Ahmad Fawwaz Mohd Nasarudin
Date Deposited: 18 Sep 2023 09:57
Last Modified: 05 Dec 2023 11:50
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106714

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year