IIUM Repository

Hargai jasa perajurit negara

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) Hargai jasa perajurit negara. Utusan Malaysia, Agama (Gaya) (30 Ogos 2023). p. 27. ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (953kB) | Request a copy

Abstract

“Saya serahkan kepada Tuan (Menteri Pertahanan Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia dengan segala elemen yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki kuasa ketenteraan dan pertahanan udara yang berkredibiliti.” Itu antara isi ucapan penutup “Latihan Angkasa Raya” yang disampaikan bekas Panglima TUDM ke 10, Lef. Jen. (B) Tan Sri Abdul Ghani Aziz kepada Menteri Pertahanan Malaysia pada waktu itu, Datok Seri Syed Hamid Albar. Latihan Angkasa Raya itu adalah operasi besar-besaran yang dirancang oleh Bekas Panglima TUDM ke 10 itu sebelum persaraan beliau pada tahun 1996. Antara tujuan utama operasi tersebut adalah untuk menguji kekuatan TUDM dalam menangani keselamatan ruang udara Malaysia daripada sebarang pencerobohan. Sepanjang 3 tahun memegang tampuk kepimpinan TUDM, beliau meneruskan legasi Panglima TUDM terdahulu di samping melakukan perubahan serta penambahbaikan semasa bagi mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kekuatan pertahanan udara yang berkaliber. Pernah orang bawahannya merungut tentang langkahnya yang terlalu laju ketika memegang tampuk TUDM. Baginya selaku pentadbir utama TUDM, langkah yang lambat bakal meninggalkan Malaysia dan TUDM jauh ke belakang dalam persaingan pertahanan udara yang sangat pesat lagi pantas pacuannya. Jika jauh tertinggal, Malaysia boleh diceroboh atau mungkin dijajah dengan senang oleh anasir luar.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/106495
Uncontrolled Keywords: Jasa perajurit, kemerdekaan, perwira, tentera Malaysia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia > JQ715 Politics and Government in Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 30 Aug 2023 10:22
Last Modified: 30 Aug 2023 10:22
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106495

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year