IIUM Repository

Analisis kesediaan industri makanan untuk melaksanakan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara wajib dan menyeluruh

Abu Bakar, Ibrahim and Man, Sa’adan (2022) Analisis kesediaan industri makanan untuk melaksanakan Sistem Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara wajib dan menyeluruh. In: The 2nd International Conference on Islamic Contemporary and Management (ICICM 2022), 28 Disember 2022, The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (297kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (150kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (37kB) | Preview

Abstract

Malaysia telah melaksanakan Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) secara sukarela sejak 46 tahun lalu. Pengalaman melaksanakan SPHM yang panjang ini seharusnya dieksploitasi untuk melonjakkan perlaksanaannya secara wajib dan menyeluruh. Kajian yang dijalankan ini cuba menganalisa tahap kesediaan industri makanan di Malaysia untuk melaksanakan SPHM secara wajib dan menyeluruh. Ia melibatkan kajian ke atas hampir keseluruhan jenis premis pengeluaran dan perkhidmatan makanan di Malaysia di mana seramai 514 orang responden yang merupakan pemilik syarikat atau pekerja di premis makanan dipilih secara rawak berstruktur. Data-data kajian dikumpul menggunakan borang soalselidik yang direka khusus dan dianalisa secara statistik menggunakan program komputer SPSS 25.0 Windows. Kajian menunjukkan tahap kesediaan pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan untuk melaksanakan SPHM secara wajib dan menyeluruh adalah sederhana tinggi (64.0%) di mana tahap kesediaan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor negeri dan kedudukan premis makanan. Pengaruh jenis premis makanan, jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, bangsa dan agama ke atas tahap kesediaan adalah kecil atau sangat kecil. Hanya faktor tahap pendidikan, bangsa dan agama sahaja yang memberikan kesan melebihi sepuluh peratus. Pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan yang mendapat pendidikan peringkat sekolah menengah memberikan persetujuan yang paling tinggi. Begitu juga dengan mereka yang berbangsa Melayu dan mereka yang beragama Islam. Sebaliknya pemilik syarikat dan pekerja di premis makanan yang hanya mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah memberikan persetujuan yang paling rendah, begitu juga dengan mereka yang berbangsa India dan mereka yang beragama Kristian dan Hindu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Pensijilan Halal, Industri Makanan dan Amalan Wajib
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q128 Islam and Science
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Nutrition Sciences
Depositing User: Dr Ibrahim Abu Bakar
Date Deposited: 07 Sep 2023 09:23
Last Modified: 07 Sep 2023 09:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106368

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year