IIUM Repository

Model Pengesan Kesilapan Bahasa SHEPPPADKLAS

Nazir, Faridah (2023) Model Pengesan Kesilapan Bahasa SHEPPPADKLAS. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 7 (1). pp. 1-5. E-ISSN 2550-2158 (In Press)

[img]
Preview
PDF (Article) - Published Version
Download (201kB) | Preview

Abstract

Penggunaan laman sembang internet (LSI) khususnya, Facebook telah menjadi budaya dalam kalangan pelajar khususnya di IPG Kampus Raja Melewar. LSI secara tidak langsung telah menyebabkan para pelajar menggunakan suatu ragam bahasa yang mempunyai 12 ciri seperti yang dikemukakan dalam Model SHEPPPADKLAS, iaitu sebuah manual berdasarkan kajian tentang ciri bahasa LSI (Faridah Nazir, 2010). SHEPPPADKLAS merujuk kepada penyingkatan huruf pertama kesemua 12 ciri bahasa yang terdapat dalam LSI, iaitu S- singkatan, H-homofon huruf, E-ejaan yang dicipta khusus untuk LSI, P-perkataan yang menyerupai sebutan lisan, P-penukaran kod, P-paralinguistik, A-arahan atau peringatan dalam bahasa komputer, D-dialek, K-kesilapan ejaan, L-laras bahasa, A-ayat yang tidak lengkap dan tidak gramatis dan S-slanga. Ciri bahasa berdasarkan Model SHEPPPADKLAS ini walaupun menunjukkan kekreatifan pelajar namun ia merupakan ancaman dalam penulisan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ciri bahasa ini secara sewenang-wenangnya dalam penulisan ketika pengajaran dan pembelajaran menyebabkan para pelajar melakukan kesilapan bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Kajian yang dijalankan terhadap penulisan nota 20 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) mendapati bahawa kesemua ciri bahasa SHEPPPADKLAS telah digunakan oleh mereka. Sehubungan dengan itu, memandangkan para pensyarah tidak mempunyai panduan untuk mengesan kesilapan bahasa khususnya tentang ciri-ciri bahasa LSI dalam penulisan pelajar, maka Model SHEPPPADKLAS berupaya menjadi rujukan mereka. Model SHEPPPADKLAS ini juga, turut berperanan membantu guru-guru dan bakal guru untuk mengesan kesilapan bahasa di samping menggalakkan penggunaan bahasa Melayu standard secara optimum dalam penulisan murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: laman sembang internet; ragam bahasa; model; SHEPPPADKLAS; penulis
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 21 Aug 2023 10:37
Last Modified: 21 Aug 2023 10:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/106144

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year