IIUM Repository

Memperkasa Kepimpinan Akademik: Semai Bakti Menuai Padi

Sanusi, Zainal Abidin (2016) Memperkasa Kepimpinan Akademik: Semai Bakti Menuai Padi. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia. ISBN 978-9670962023

[img]
Preview
PDF (Memperkasa Kepimpinan Akademik: Semai Bakti Menuai Padi) - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kecemerlangan sesebuah universiti sangat bergantung kepada kewibawaan dan keberkesanan sumbangan ahli akademiknya iaitu bakat intelektual yang berperanan sebagai agen perubahan kepada pelajar, institusi dan masyarakat. Sebagai seorang sarjana atau cendekiawan, ahli akadernik perlu menjadi pemimpin dalam bidang ilmunya dan dalam melaksanakan pelbagai peranan akademik. Pemimpin akademik merujuk kepada ahli akademik berkualiti, mempunyai pengalaman serta kewibawaan akadernik yang tinggi. Pemimpin akademik tidak hanya terhad kepada ahli akademik yang mempunyai gelaran atau kedudukan perjawatan pentadbiran atau pengurusan tetapi berdasarkan kepakaran dan kepimpinan ilmu yang boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain dan seterusnya memberi impak kepada pembangunan dan masyarakat. Dal am senario universiti di Malaysia, pembangunan dan pemerkasaan kepimpinan akademik sangat diperlukan untuk membangun potensi dan bakat ahli akademik bagi melestarikan sekitaran atau budaya akademik cemerlang. Lebih ramai pemimpin akademik juga diperlukan bagi meneraju gagasan ekonomi berasaskan pengetahuan. Buku ini mengupas konsep dan takrifan pemimpin akademik yang komprehensif berasaskan tiga peranan utama ahli akademik iaitu penyelidikan, pengajaran dan perkhidmatan. Peranan dan kepimpinan akademik juga dihurajkan berasaskan kepada ciri dan nilai profesion akademik serta ekosistem akademik berbudaya cemerlang. Model perancangan dan pembangunan bakat diperkenalkan sebagai asas membangun potensi kepimpinan ahli akademik. Buku ini turut mencadangkan satu modul latihan asas kepimpinan akademik serta kerangka intervensi dasar pembangunan akademik sebagai asas kepada pembinaan ekosistem akademik berbudaya cemerlang. Ekosistem ini membolehkan setiap individu akademik mencapai kecemerlangan serta merealisasikan potensi maksimum dalam membentuk pemimpin akademik yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan global. Pemimpin akademik berwibawa diharapkan dapat menjalankan fungsi sebagai intelek awam yang dapat memimpin masyarakat mendahului zamannya demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Teaching, Research and Community Services
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX280 Study and teaching. Research
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Political Science
Depositing User: assoc prof ZAINAL ABIDIN SANUSI
Date Deposited: 06 Aug 2023 07:53
Last Modified: 06 Aug 2023 07:53
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105970

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year