IIUM Repository

Buku 'jendela ajaib'

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) Buku 'jendela ajaib'. Utusan Malaysia, 7 Jun 2023. p. 27. E-ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

“Buku adalah jendela ajaib yang mampu menghubung manusia kepada berbagai ruang, tempat dan masa. Kita boleh sampai ke mana sahaja lokasi dunia, menikmati suasana zaman berbeza dan menerokai perasaan manusia dengan helaian Ajaib sesebuah buku.” Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 baru sahaja berakhir Ahad lepas. Pesta tahunan ini menjadi ruang rahmat penuh nikmat kepada para penerbit dan pencinta buku di Malaysia. Inisiatif penganjuran pesta ini wajib dipuji kerana ia melengkapkan fitrah manusia yang memerlukan ilmu dan buku sebagai alat jana perkembangan minda mereka. Pena dan buku antara dua nikmat Allah yang wajib manusia syukuri. Apa akan jadi jika manusia tidak diilhamkan Allah untuk mencipta pena dan buku? Islam sendiri berkembang dengan pena dan buku seiring ayat pertama diturunkan kepada Nabi kita Muhammad SAW (al-‘Alaq 96:1-5). Ilmu Allah luas tidak bertepi (al-Kahfi 18:109 dan Luqman 31:27). Lautan ilmu Allah kemudiannya ditumpahkan kepada manusia melalui tambatan pena dan buku. Ayuh kita baca Firman Allah ini untuk memahami hakikat ini: قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَى (51) قَالَ عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي فِي كِتَابٍ لَا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنْسَى (52)

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/105044
Uncontrolled Keywords: buku. PBAKL, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, bahan bacaan
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 08 Jun 2023 09:11
Last Modified: 08 Jun 2023 09:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/105044

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year