IIUM Repository

Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah

Hashim @ Wan Husain, Wan Ahmad Fauzi (2023) Mahkamah Persekutuan boleh semak keputusan kes kalimah. Berita Harian, MukaSepuluh (18 Mei 2023). p. 10.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Isu kalimah Allah kembali hangat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan kes berkaitan dengan rampasan cakera padat (CD) milik Jill Ireland mengandungi kalimah terlarang bagi ajaran agama selain Islam. Hakikatnya, isu ini sensitif bagi orang Islam, sekali gus menjadikan tindakan berasaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 itu selari dengan peruntukan Perkara 11(5) Perlembagaan, iaitu kebebasan beragama tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan berlawanan mana-mana undang-undang am berhubungan ketenteraman dan kesihatan awam atau prinsip moral. Mengikut Menteri Dalam Negeri, penarikan itu disebabkan ia isu sivil dan bukan babitkan isu penggunaan kalimah Allah, selain KDN mendapati ada percanggahan antara keputusan dibuat Kabinet pada 19 Mei 1986 dan arahan pentadbiran dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama. Di bawah arahan Kabinet, penganut Kristian boleh menggunakan empat perkataan bahasa Arab, iaitu ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan mereka dengan syarat di luar kulit muka depan buku itu ditulis perkataan ‘Untuk agama Kristian’ tetapi arahan dikeluarkan KDN pada semua penerbitan agama Kristian pula bahawa penggunaan keempat-empat perkataan adalah dilarang. Bagaimanapun, kita perlu melihat implikasi penarikan rayuan kes Jill Ireland mengakibatkan kesan menjangkau jauh kerana terdapat isu penting belum dimuktamadkan. Isu pokok bukan semata-mata terhenti pada arahan pentadbiran kerajaan. Ini kerana jika itu isunya, arahan pentadbiran baharu selaras dengan titah Yang di-pertuan Agong dan keputusan Majlis Agama Islam Negeri boleh dikeluarkan. Mahkamah dalam kes berkenaan antaranya didapati belum menimbangkan peruntukan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam. Harus diingat pada 1989, hampir semua negeri sudah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam. Ada pihak menyatakan Sarawak pada 1923 sudah pun meluluskan undang-undang menyekat pengembangan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1989 bagi Pahang misalnya memperuntukkan adalah melakukan kesalahan jika dalam apa-apa tulisan, ucapan atau pernyataan awam yang ditujukan kepada suatu perhimpunan, dalam apa-apa ucapan, pernyataan diterbitkan atau disiarkan menggunakan mana-mana perkataan disenarai dalam Bahagian I Jadual Enakmen, bagi maksud agama bukan Islam.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 10937/104900
Uncontrolled Keywords: Mahkamah Persekutuan, kalimah Allah, rampasac Cakera Padat (CD)
Subjects: K Law > K1401 Intellectual Property
K Law > KPG Malaysia
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain
Date Deposited: 30 May 2023 12:05
Last Modified: 30 May 2023 12:06
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104900

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year