IIUM Repository

Tradisi keilmuan Islam dalam disiplin perbandingan agama: suatu analisis terhadap kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam

Ibrahim, Haslina (2023) Tradisi keilmuan Islam dalam disiplin perbandingan agama: suatu analisis terhadap kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam. In: Persidangan Meja Bulat (Tertutup) Berkenaan Kunjungan Ke Rumah Ibadat Bukan Islam, 11 April 2023, IKIM. (Unpublished)

[img] PDF (Conference - Unpublished)
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Dalam tradisi keilmuan Islam, perbincangan tentang agama-agama lain bertujuan untuk membahaskan sejauhmana kebenaran ajaran agama-agama selain Islam dan mempertahankan Islam daripada salah-faham, penyelewengan dan tuduhan yang dibuat oleh penganut agama lain mahupun golongan yang tersasar daripada Islam. Perkembangan Ilmu Kalam telah merancakkan lagi perbahasan dengan penganut agama lain, terutamanya sarjana Kristian. Kaedah perdebatan (al-jadal) menjadi kaedah utama dalam mempertahankan agama dengan menggunakan kekuatan ilmu logik dalam mengemukakan hujah dan pembuktian. Secara beransur-ansur, perbahasan terhadap agama-agama lain mula berevolusi dengan menggunakan pendekatan ensaiklopedik dan pemerhatian. Walaupun berbeza pendekatan, namun perbincangan masih tidak tersasar daripada objektif utamanya iaitu mempertahankan kebenaran Islam. Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, kertas kerja ini membahaskan isu berkaitan kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam yang diperkenalkan dalam disiplin Perbandingan Agama moden. Ia adalah kaedah lapangan bagi mendapatkan data dan pendedahan secara terus daripada agama yang dikaji. Berpandukan analisis sejarah terhadap tradisi keilmuan Islam dalam disiplin Perbandingan Agama, kertas kerja ini mencadangkan syarat-syarat, adab dan limitasi yang mewajarkan mahupun yang menghalang penganut agama Islam daripada melakukan kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam. Kesimpulannya, amalan ini bukanlah merupakan kebiasaan untuk orang awam. Sebaliknya, ia merupakan satu daripada kaedah yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Perbandingan Agama. Oleh yang demikian, selain daripada tujuan pembelajaran, umat Islam yang berhasrat untuk melakukan kunjungan tersebut dengan tujuan meningkatkan persefahaman antara penganut agama, disarankan agar mendapat panduan, nasihat dan diiringi oleh mereka yang mempunyai pengalaman dan latar-belakang Pengajian Islam dan Perbandingan Agama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Haslina Ibrahim
Date Deposited: 15 May 2023 17:25
Last Modified: 15 May 2023 17:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104649

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year