IIUM Repository

Pemerkasaan politik wanita melalui pembacaan

Aminudin, Rabi'ah (2023) Pemerkasaan politik wanita melalui pembacaan. In: Budaya Membaca di Malaysia: Satu Tinjauan Terkini. The Biblio Press, Petaling Jaya, pp. 137-164. ISBN 978-967-0040-34-9

[img] PDF (Book Chapter) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (12MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menyoroti isu pemerkasaan politik wanita Malaysia yang masih lagi berada di tahap yang tidak membanggakan. Malaysia menduduki tangga kedua dari bawah di rantau Asia Tenggara dalam ranking Indeks Jurang Gender Global pada tahun 2021. Kajian lepas mendapati terdapat dua faktor utama yang menjadi cabaran dalam pemerkasaan politik wanita di Malaysia iatiu kekangan institusi politik yang masih didominasi nilai-nilai patriarki terutamanya parti politik dimana wanita dilihat sebagai penyokong dan bukan sebagai pemain utama. Kedua adalah faktor institusi sosial termasuklah kekangan peribadi, institusi keluarga, dan jangkaan masyarakat terhadap wanita sebagai anak, isteri, dan ibu. Oleh itu, kajian ini meneliti pembacaan sebagai salah satu platform untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan masyarakat tentang pemberdayaan politik wanita melalui pemerkasaan peringkat mikro (peribadi) melalui pembacaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui sorotan literatur kajian lepas dan analisis konten mengenai peranan idea dan nilai terkandung dalam bahan bacaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam memperkasakan wanita dalam bidang politik. Kajian ini mencadangkan agar pihak berwajib perlu melaksanakan kaedah serampang dua mata dalam memperkasakan politik wanita melalui pembacaan iaitu meningkatkan kesedaran budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia dan kedua, memberi sokongan terutama kepada penulis-penulis muda untuk menyampaikan idea mereka dalam bentuk penulisan yang mengangkat isu pemerkasaan wanita dalam masyarakat Malaysia.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Pemerkasaan gender, politik wanita, pembacaan, budaya membaca
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1101 Women. Feminism
J Political Science > JA Political science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Political Science
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: DR Rabi'ah Aminudin
Date Deposited: 19 May 2023 10:58
Last Modified: 07 Jun 2023 09:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104638

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year