IIUM Repository

Penggunaan aspek deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa

Saimon, Aminnudin and Licson, Lisa (2023) Penggunaan aspek deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Jurnal Bahasa, 23 (1). pp. 147-168. ISSN 1511-9084 E-ISSN 2462-1889

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (345kB) | Request a copy

Abstract

Deiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana. Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.

Item Type: Article (Magazine)
Uncontrolled Keywords: Penggunaan, deiksis, pragmatik, Levinson, filem, Hikayat Merong Mahawangsa
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 02 May 2023 16:42
Last Modified: 02 May 2023 16:42
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104534

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year