IIUM Repository

‘Halalkan’ mercun, nikotin cemar kesucian hari raya

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) ‘Halalkan’ mercun, nikotin cemar kesucian hari raya. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) (12 April 2023). p. 27.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

“Pendidikan dan pemba­ngunan jiwa anak bangsa perlu seiring dengan polisi yang digariskan kerajaan. Susah benar jika rakyat bawahan dan cerdik pandai mahu ke kanan, manakala pembuat polisi bertegas mahu ke kiri kerana sedikit laba yang dilihat mampu mengembungkan poket.” Hidup sebagai ibu bapa atau anggota masyarakat semakin mencabar. Saban hari ada sahaja ujian baharu menerpa secara sedar atau tidak. Terbaharu kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan membenarkan penjualan 45 jenis mercun dan bunga api dengan permit khas sempena musim perayaan dan tindakan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi mengenakan cukai kepada cecair vape. Umpamanya kita cuba membersihkan sungai yang dicemari sisa industri bagi menjamin kebersihan dan kesihatan air dalam rumah kita. Namun pihak berkuasa pula memberi lesen kepada pemain industri untuk membuang sejumlah sisa kilang ‘tertentu’ daripada mereka ke dalam sungai, atas alasan ia jadi sumber pendapatan kerajaan dengan “sewa guna arus sungai sebagai pembawa sisa berbahaya ke laut” yang kemudiannya memudaratkan penduduk seluruh kawasan.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/104455
Uncontrolled Keywords: mercun, bunga api, hari raya, jualan hari raya
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP186 Special days and seasons, fasts, feasts, festivals, etc.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 12 Apr 2023 11:01
Last Modified: 05 May 2023 10:56
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/104455

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year