IIUM Repository

Perkenalkan al-Quran kepada Rasmus Paludan

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) Perkenalkan al-Quran kepada Rasmus Paludan. Utusan Malaysia, Gaya (Agama). p. 28. ISSN 2716-6694

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

“Al-Quran bukan ciptaan Muhammad, ia datang dari Tuhan sebenar Pencipta alam termasuklah Tuhan si Rasmus Paludan itu sendiri. Ayuh kita buka keajaiban al-Quran kepada semua agar si penentang al-Quran kenal ubat ini untuk mereka.” Tindakan Rasmus Paludan, Ahli Politik Sweden berulang kali membakar al-Quran sebagai hobi gilanya mengundang amarah seluruh umat Islam sedunia. Lalu apa reaksi kita setelah kitab agung kita diperlaku sedemikian? Berikut beberapa saranan intelektual, politik dan rohani untuk berhadapan manusia sebegini: Pertama: Perkenalkan mesej al-Quran yang sebenar kepada mereka. Pepatah Arab mengatakan, “manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tak tahu.” Setelah kenal mereka pasti jatuh cinta dan memeluk erat al-Quran yang pernah mereka bakar atau hina! Ini yang pernah berlaku kepada seorang sahabat yang bernama Thumamah bin ‘Uthal, bangsawan Bani Hanifah. Beliau ditawan dalam sebuah operasi sahabat Nabi SAW dan ditambat selama beberapa hari dalam Masjid Nabawi. Setelah melihat interaksi serta ajaran Nabi secara terus, beliau jatuh hati dengan akhlak Nabi dan memeluk Islam. Bukan hanya itu, beliau tampil mempertahankan Nabi SAW di hadapan Musyrikin Mekah (Sahih al-Bukhari, 4024 dan Sahih Muslim, 3310). Al-Quran dan Islam sebenarnya seperti pancaran matahari yang tak mampu dihalang sinarannya. Sebaliknya orang yang tak mahu melihat kebenarannya berusaha mengalihkan kanta mata hatinya daripada al-Quran. Akibatnya sinaran si matahari tidak dapat menjamah tubuhnya untuk memberi vitamin D atau memanaskan tubuhnya yang sudah sekian lama kejang kaku kesejukan tanpa hidayah. Untuk itu, ilmuwan Islam perlu mendampingi manusia seperti Paludan untuk memperbetulkan persepsi negatifnya terhadap al-Quran. Untuk menghadapi mereka yang buta hidayah ini, kita perlu terang bukan serang.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/103541
Uncontrolled Keywords: al-Quran, Rasmus Paludan, Sweden, membakar al-Quran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP170.85 Da'wah. Mission of Islam. Summons, invitation, etc.
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 01 Feb 2023 12:42
Last Modified: 01 Feb 2023 12:42
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103541

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year