IIUM Repository

APLIKASI PRINSIP PERANCANGAN DALAM KARYA TERPILIH JERMAN, DOWNFALL: SATU BACAAN PENDEKATAN PENGURUSAN

Ismail, Mohamad Zuber and MUHAMAD, NURSYUHADA and Johari, Arina (2022) APLIKASI PRINSIP PERANCANGAN DALAM KARYA TERPILIH JERMAN, DOWNFALL: SATU BACAAN PENDEKATAN PENGURUSAN. In: Kolokium Bahasa, Budaya & Sastera anjuran Jabatan DOML, KLM IIUM & Institusi Pendidikan Guru Kampus Tuan Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak., Online (Zoom aps). (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (310kB) | Preview

Abstract

Filem merupakan sebuah industri kreatif bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran kreatif dan kritis. Filem turut mengangkat seni dan warsan budaya sesuatu bangsa dan masyarakat selain mengangkat aspek-aspek pengurusan yang boleh diteladani. Justeru, kajian ini menekuni satu pendekatan baharu yang bersifat rentas disiplin ilmu dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hasan (2013). Terdapat lima prinsip utama iaitu prinsip perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan kawalan. Kajian ini menumpukan prinsip yang pertama iaitu, prinsip perancangan untuk menganalisis sebuah karya terpilih dari negara Jerman, iaitu Downfall. Filem bergenre aksi, dan patriotik ini merupakan hasil arahan Oliver Hirschbiegel dan ditulis oleh Bernd Eichinger. Filem ini dianalisis berdasarkan struktur yang dilihat berupaya untuk menstrukturkan proses pengeluaran makna kepada masyarakat terutamanaya dari aspek pengurusan. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan Model Prinsip Perancangan, iaitu menetapkan objektif, membentuk strategi, kajian semula strategi, memilih strategi dan, pencapaian objektif. Objektif kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis prinsip perancangan berdasarkan peringkat-peringkat perancangan yang terdapat dalam filem terpilh Jerman, iaitu Downfall. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasi dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian jelas membuktikan bahawa filem ini memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian prinsip perancangan yang menyerlah dan dominan terhadap peristiwa-peristiwa terpilih. Prinsip perancangan yang diketengahkan merupakan sesuatu yang relevan dalam memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan pengurusan jati diri. Kajian ini diharap mampu membuka satu lembaran baharu dalam dimensi pendidikan dan pembentukan jiwa generasi muda hari in

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, peringkat-peringkat perancangan.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 29 Dec 2022 09:49
Last Modified: 29 Dec 2022 09:49
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102712

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year